Kehidupan ini dipenuhi dengan manusia. Tapi yang jelas mesti menurut syariat. Tidak boleh tidak
Ahad, 14 September 2008
Apa cerita ni Puad Zarkasi
Di TV malam tadi 13 sep 2008, Kenapa Puad Zarkashi ni semacam aje bila bagi pendapat. Gelabah dan gagap bila memberi pendapat. Aku yang dengar pun rasa tak confindent dengan apa yang dicakapkan. Sekejap terlompat sana. Ceritanya tidak meyakinkan. Macam tu sapa dengar pun buat acuh tak acuh. Aku tak berapa suka kalau ada MP jenis gagap dan cakap tersekat-sekat. Idea yang diberi pun tak berapa bernas.
Harga Ayam dah naik
Kerajaan? Harga ayam dah naik la. Puasa-puasa ni dah semakin teruk harganya. Aku dah suruh bini aku buat kuih tak larat aku nak beli. Harga sayur pun aku tengok ada yang dah mula naik. Petang ni aku pegi pasar nanti aku senaraikan.
Minyak bila nak turun
Kerajaan? Bila minyak nak turun. tarikhnya bila? Asyik hujan aje yang turun. Nak noreh pun tak boleh. Pagi tadi pokok getah macam lembap-lembap. sikit. Kerajaan?
Sapa tu Raja Petra
Sapa dia tu. Aku baca tag line akhbar. Baru ini aku kenal Raja Petra nampak kepalanya macam tak ada rambut. Macam orang putih dia ni. Tapi kenapa ada Raja namanya?
Harga Sawit Jatuh
Tiba-tiba harga sawit jatuh. RM469 harian setan. Kalau tempat cina tinggi sikit aku dapat. Peladang ambil rendah sangat. Itu petanda aku terpaksa kembali membuat kerja-kerja buruh semula. Aku mesti jumpa wasimin. Dia mesti ada banyak kerja yang boleh aku buat. Tetapi kerjanya teruk duitnya sikit. Bayar pun sangkut-sangkut. Bulan Ramadhan aku tak berani keluar kerja. Kena tunggu lepas raya. Takut separuh jalan saja puasaku. Nak raya apa yang perlu aku buat. Kebun sawit setakat tiga ekar. Jika setan setengah raya ni, aku dapat dalam RM680.00 aku dapat, nak makan apa, aku anak beranak.
Langgan:
Catatan (Atom)