Isnin, 16 Februari 2009

Anak apa ni

Jumlah anak tanpa bapa di Malaysia mencecah 257,411 orang sekarang...

pak lah sedang di asak

Berbagai tafsiran menjelma dalam benakku, terutama bila agung mengistiharkan, memanda menteri berkata pelan peralihan kuasa berjalan lancar, ertinya , apa maksudnya tu, bagi aku itu petanda orang-orang TPM sedang mengatur strategi menyelinap di mana-mana,akhirnya paklah tersepit. Percaturannya sangkak. Najib mesti segera mencatur anak buah, menyerang sebelum fajar menyingsing kalau perlu, guna apa sahaja, kalau pak lah lambat turun maka masa depan pun seperti bulan gerhana. Petanda agung melepaskan kata tepat seperti peluru mengenai hati paklah. Dia di label sangat lembik dan tak ada pencapaian. Apalagi serangan dua M. yang berterusan. Aku rasa cerita di TV malam tadi astro 502 seperti kuntau najib dah mengena.

Aku pening

Rupanya bekalan Panadol habis satu Perak. Januari hingga Febuari 2009

Jumaat, 30 Januari 2009

Kempen

mereka mesti bertanding habis-habisan, untuk menentukan nasib mereka sendiri. kalah bererti mati

Selasa, 27 Januari 2009

Gerhana Matahari jangan lupa solat









Gerhana Matahari Separa: 2,000 banjiri Planetarium Negara
Selasa Januari 27, 2009

FENOMENA Gerhana Matahari Separa yang dirakamkan jurufoto BERNAMA di Masjid Wilayah Persekutuan di sini semalam. Ia berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari tetapi tidak menutup matahari sepenuhnya kerana saiz ketara bulan adalah lebih kecil daripada matahari. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Kira-kira 2,000 orang membanjiri Planetarium Negara seawal pukul 3 petang semalam untuk menyaksikan Gerhana Matahari Separa yang berlaku selama kira-kira dua jam 30 minit.

Pegawai Penyelidik Planetarium Negara, Lau Chen Chen berkata, orang ramai berpeluang melihat cahaya matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai liputan maksimum sehingga 82.6 peratus.

"Gerhana matahari akan berlaku ketika fasa bulan baru dan pada masa yang sama bulan melintasi laluannya di antara matahari dan bumi menyebabkan matahari tertutup sebahagian atau keseluruhannya," katanya ketika ditemui Bernama di sini.

Gerhana Matahari dapat disaksikan pada pukul 4.34 petang apabila bulan mula menyentuh cakera matahari di mana situasi itu dikenali sebagai "sentuhan pertama" iaitu permulaan Gerhana Matahari Separa.

"Kebanyakan pemerhati tidak berupaya mengesan sentuhan gerhana pada masa ini disebabkan matahari yang terlalu terang, gerhana hanya akan dapat dilihat apabila bulan menutupi matahari secara perlahan membentuk sabit sehingga kegelapan maksimum tercapai pada pukul 5.50 petang," katanya.

Gerhana Matahari Separa berakhir pukul 6.55 petang di mana bayangan bulan mula hilang secara perlahan-lahan sebelum matahari terbenam.

Kali terakhir gerhana seumpamanya dapat dilihat di Malaysia pada 2002.
GERHANA Matahari Separa yang mencapai 82.6 peratus dirakamkan dari pukul 3.34 petang hingga 5.50 petang di Planetarium Negara, Kuala Lumpur semalam. -fotoBERNAMA

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik berlangsung di Planetarium Negara antaranya tayangan filem "SOS Planet" di Teater Angkasa pada 5 petang dan tayangan laser "The Legend of the Night Sky".

Sementara itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad menyeru semua umat Islam supaya menjadikan kejadian gerhana matahari untuk menghayati dan menginsafi kebesaran Allah SWT dalam mengatur alam ini.

Beliau berkata solat sunat gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan.

"Hukum ini adalah berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah SWT.

"Tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematian seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya, maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana)," katanya.

Sebelum itu beliau menyampaikan khutbah yang bertajuk 'Pengukuhan Iman Melalui Peristiwa Gerhana Matahari' dan turut mengimamkan solat sunat gerhana matahari selepas Asar di Masjid Wilayah Persekutuan yang turut dihadiri lebih 3,000 umat Islam.BERNAMA

Adun BN masuk PKR


Isnin Januari 26, 2009
ADUN Bota sertai PKR, BN Perak bincang

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan jaket sebagai simbolik penyertaan ADUN Bota, Nasarudin Hashim (kiri) ke dalam parti itu petang ini. Turut memerhatikan ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. - foto The Star oleh AZHAR MAHFOF

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota di Perak, Datuk Nasarudin Hashim menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa semalam.

Ia diumumkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu dekat sini pukul 2.30 petang semalam.

Dalam pada itu, BN Perak mengadakan mesyuarat khas kira-kira pukul 9 malam tadi yang antara lain membincangkan isu Nasarudin meninggalkan Umno untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali di pejabat Umno di Ipoh.

Dengan perkembangan ini, Nasarudin yang juga bekas Ahli Parlimen Parit merupakan ADUN pertama dari Barisan Nasional (BN) dan ADUN kedua menyertai PKR sejak 8 Mac lalu.

Pada November lalu, ADUN Bebas Ngemah di Sarawak, Gabriel Adit menyertai PKR - salah satu anggota komponen Pakatan Rakyat.

Nasarudin juga merupakan bekas Pengerusi Felcra Berhad selama dua tahun sejak Oktober 2006.

Nasarudin ketika mengumumkan keputusannya itu berkata, beliau bertindak sedemikian setelah mempertimbangkan kepentingan rakyat khususnya penyokong dan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bota.

Nasarudin, 58, berkata, beliau amat yakin dengan kepimpinan PKR yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini.

"Setelah mengambil pertimbangan terutamanya melihat perkembangan suasana politik khasnya melihat arah tuju sokongan rakyat selepas pilihan raya umum ke-12 Mac lalu serta keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno masa kini, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Bagaimanapun beliau mengakui belum memaklumkan keputusan itu kepada Umno dan akan menulis surat dalam waktu terdekat.

Dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu, Nasaruddin menewaskan calon PKR, Usaili Alias dengan majoriti 2,068 undi.

Nasarudin dari Umno memperoleh 6,556 undi.

Pada pilihan raya umum ke-12, Pakatan Rakyat yang kini memerintah Perak, menguasai 31 kerusi DUN manakala BN pula 28 kerusi.

Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata, beliau gembira dengan perkembangan itu kerana Nasarudin merupakan seorang tokoh Umno yang penting di Perak terutama dalam Bahagian Parit.

"Beliau seorang yang aktif dalam Umno dan dianggap sebagai tokoh bukan sahaja di Bahagian Parit malah mempunyai potensi yang amat besar di Perak," katanya.

Anwar berkata, hal itu merupakan satu anjakan perubahan memandangkan salah satu sebab Nasarudin menyertai PKR adalah atas kehendak rakyat di kawasannya.

"Saya melihat ini sebagai satu permulaan baru dan anjakan perubahan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Ketika ditanya berhubung PKR Pulau Pinang yang mendakwa kerajaan negeri yang dikuasai DAP tidak mengadakan perbincangan dengan parti itu sebelum membuat sesuatu keputusan, Anwar berkata, beliau telah menerima laporan berhubung perkara itu daripada kerajaan negeri pagi tadi.

"Itu adalah isu di peringkat kerajaan negeri. Kita akan adakan perbincangan di peringkat Pakatan Rakyat di Pulau Pinang," katanya.

MESYUARAT BN

Dalam pada itu, BN Perak akan mengadakan mesyuarat kira-kira pukul 9 malam tadi yang antara lain akan membincangkan isu 'lompat parti' Nasarudin.

Setiausaha BN Perak, Datuk Ramly Zahari berkata, mesyuarat tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali di pejabat Umno di Ipoh.

"Ada dua tiga perkara yang akan kita bincangkan hari ini. Antaranya adalah isu Datuk Nasarudin dan postmortem pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini," katanya lewat petang ini.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa mesyuarat ini diadakan mengejut kerana ia sudah dirancang sejak tiga minggu lalu.

"Bukan mengejut. Kita dah bincang nak adakan sejak dua tiga minggu sudah dan malam ini kita berkesempatan adakan sebab esok cuti Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau berkata, mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh semua ADUN BN di Perak.

Mengulas lanjut mengenai penyertaan Nasarudin ke dalam PKR, Ramly berkata, beliau berasa terkejut mendengar berita itu hari ini.

"Saya memang terkejut. Sebelum ini memanglah ada dengar khabar angin mengenai hal itu tapi biasalah khabar-khabar angin mengenai lompat parti memang selalu kedengaran sejak pilihan raya umum tempoh hari.

"Sepanjang pengetahuan saya, beliau (Nasarudin) tidak pernah memberitahu secara peribadi kepada sesiapa terutamanya kepada Datuk Seri Tajol sebagai Pengerusi BN.

"Jika benar beliau merasa terkilan tentang sesuatu perkara, beliau harus membincangkannya sesama kita," katanya.

Ditanya sama ada keputusan Nasarudin disebabkan beliau tewas dalam pertandingan jawatan Ketua Umno Bahagian Parit pada pemilihan dua bulan lalu, Ramly berkata, Nasarudin perlu memandang kekalahannya sebagai adat pemilihan.

"Kemungkinan beliau ini telah berjumpa dengan kepimpinan tertinggi PKR dan telah ditawarkan 'gunung permata' jika menyertai parti itu," katanya.

Najib jangan pandang enteng bila Tuan Guru bersuara

Hadi mahu Abdullah kekal PM selepas Mac
Ahad Januari 18, 2009

Oleh G. MANIMARAN

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas Mac ini.

Kata beliau, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu kekal untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan dalam aspek-aspek lain selain kehakiman dan rasuah.

"Saya meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri dan meneruskan reformasi yang diperlukan seperti dalam bidang pilihan raya dan beberapa bidang lain," kata beliau.

Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri untuk melakukan reformasi baru tersebut.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, malam tadi.

Abdullah dijadual menyerahkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada akhir Mac ini.

Beliau akan digantikan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Antara perubahan yang dilakukan Abdullah adalah penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baru-baru ini.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga gembira kerana terdapat sedikit perubahan dalam sistem perjalanan pilihan raya pada kali ini.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri terus kekal bagi meneruskan lagi perubahan dalam sistem tersebut.

Ketika ditanya sama ada beliau yakin dengan sistem pilihan raya di negara ini berikutan kemenangan PAS hari ini, Abdul Hadi berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem tersebut termasuk sistem pengundian secara pos.

Ahad, 25 Januari 2009

Barack Hussien Obama Presiden USA ke 44

Dari seorang islam menjadi krestian dan cuba menjadi jaguh kulit htam. seperti yang lain juga adalah anjing-anjing peliharaan yahudi