Sabtu, 29 Oktober 2011

Rakyat afrika sekolah menipu

KUALA LUMPUR: Lelaki warga Nigeria yang memperdaya mangsa terutama golongan wanita di Malaysia dikesan menjalani latihan kemahiran menipu di beberapa sekolah khas yang diwujudkan di beberapa kawasan terpencil di negara mereka sebelum dihantar ke negara sasaran.

Sekadar hiasan
Siasatan polis di peringkat antarabangsa mendapati ada lebih 10 sekolah melatih penipu diwujudkan di negara itu sejak awal 1990-an bagi memastikan kebolehan menipu mereka mampu diwarisi mengikut peredaran zaman dan sukar ditumpaskan.
Kewujudan sekolah menipu itu didedahkan Ketua Unit Keselamatan Siber, Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Superintendan Victor Sanjos berdasarkan siasatan pihaknya selepas mendapati ramai warga negara ini diperdaya warga Nigeria sejak beberapa tahun lalu.
Beliau berkata, sekolah itu hanya menetapkan satu syarat iaitu pelatih hanya perlu tahu berkomunikasi dengan menggunakan komputer dan Internet.
“Pusat itu tidak berkonsepkan sekolah harian atau institusi pendidikan secara terbuka, sebaliknya beroperasi secara sembunyi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan pihak berkuasa negara itu.
“Semua bentuk latihan dibahagi mengikut jenis penipuan termasuk penipuan popular yang dikatakan mampu mengaut keuntungan tinggi seperti penipuan Internet, Black Money dan penyamaran pegawai polis,” katanya kepada Harian Metro.


Victor berkata, ada sebahagian ‘pelatih’ sekolah menipu itu berjaya menguasai kemahiran disediakan akan dihantar ke negara yang dijadikan sasaran untuk mempraktikkan kemahiran yang diajar.
“Mereka inilah yang akan menjadikan wanita tempatan di negara kita sebagai kekasih sebelum diperangkap sebagai mangsa penipuan sama ada dalam aktiviti jenayah siber atau pengedaran dadah,” katanya.
Menurutnya, sekolah menipu itu juga dipercayai menyediakan latihan praktikal kepada pelajarnya mengenai kaedah penipuan Black Money.
“Kaedahnya mudah iaitu bahan kimia khas digunakan untuk mengembalikan keadaan asal wang kertas yang disaluti warna hitam dan Black Money diperkenalkan negara Barat bertujuan menghantar wang ke negara mundur tanpa disedari musuh.
“Malangnya, kaedah yang sama dimanipulasikan sindiket berkenaan untuk menjual bahan kimia khas berkenaan kepada mangsa pada harga yang tinggi,” katanya.
Beliau berkata, kewujudan sekolah menipu itu terbukti memberi impak besar dalam penularan kegiatan jenayah lelaki Nigeria apabila siasatan polis di beberapa negara mendapati suspek yang ditahan mengesahkan mereka adalah ‘lulusan’ sekolah itu.
Pada 29 September lalu, muka depan Harian Metro mendedahkan penemuan koleksi surat, skrip dan puisi cinta serta gambar lelaki berkulit putih kacak dalam komputer riba warga Nigeria yang digunakan untuk mengaut RM24 juta daripada 774 wanita tempatan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sepanjang 2010 hingga Ogos lalu, seramai 232 warga Nigeria ditahan kerana terbabit penipuan Internet dengan menyasarkan wanita Malaysia sebagai mangsa. Siasatan polis mendapati, sindiket penipuan warga Nigeria di negara ini mempunyai skrip atau ayat cinta yang dicipta khusus bagi memancing wanita tempatan.

Elakan sakit atau penyakit

RAHSIA CEGAH JATUH SAKIT

Mandi Air Sejuk
Menurut kajian, mandi air yang bersuhu dingin boleh membantu menambah jumlah sel darah putih sehingga mampu mencegah jatuh sakit ( Orang dulu-dulu mana ada mandi panas pun)


Minum Air Panas
Minum air panas atau suam akan membantu tubuh untuk mendapatkan cairan hangat yang membantu meningkatkan sistem ketahanan badan terhadap serangan penyakit.

Kunyah Bawang Putih
Mungkin bawang putih menyebabkan nafas berbau, namun ia sebenarnya dapat membantu memelihara kesihatan. Kajian menunjukkan bawang putih mengandungi zat antimikroba yang baik untuk kesihatan. Bagi menjaga kesegaran nafas, cubalah hancurkan bawang putih dan campurkan dengan satu sudu sirap

MISTERI BULAN TERBELAH DUA








Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa seketika dulu bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dijalankan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop menunjukkan terdapat garisan rekahan pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya untuk kajian yang lebih terperinci tentang bulan . Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.

Allah berfirman:
"Sungguh telah dekat Hari qiamat, Dan bulan pun telah terbelah (Q.S. Al-Qamar: 1)"

Memang ada hadis yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di zaman Nabi saw. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'mencabar' Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Ini adalah beberapa di antaranya:

Hadis daripada Abdullah bin Mas'ud ra., Ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., Lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)

Hadis daripada Anas ra.: Bahawa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)

Hadis daripada Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada zaman Rasulullah saw .. (Shahih Muslim No.5015)



Kisah itu adalah sebelum hijrah dari Mekah Mukarramah ke Madinah Munawarah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad, kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan kenabian dan kerasulanmu (dengan nada mengejek)?

Rasulullah bertanya, "Apa yang kamu inginkan?" Mereka menjawab, "Cuba belah bulan ..." Rasulullah pun berdiri dan terdiam, berdoa kepada Allah agar menolongnya. Lalu Allah memberitahu Muhammad saw agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Rasulullah pun mengarahkan telunjuknya ke bulan dan terbelahlah bulan itu dengan sendirinya. Serta-merta orang-orang musyrik pun berkata, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!"

Akan tetapi para ahli mengatakan bahawa sihir, memang benar boleh saja "menyihir" orang yang ada disampingnya akan tetapi tidak boleh menyihir orang yang tidak ada di tempat itu. Lalu mereka pun menunggu orang-orang yang akan pulang dari perjalanan.

Orang-orang Quraisy pun bergegas menuju keluar batas kota Mekkah menanti orang yang baru pulang dari perjalanan. Dan ketika datang rombongan yang pertama dari perjalanan menuju Mekkah, orang-orang musyrik pun bertanya, "Apakah kalian melihat sesuatu yang aneh dengan bulan?" Mereka menjawab, "Ya, benar. Pada suatu malam yang lalu kami melihat bulan terbelah menjadi dua dan saling menjauh masing-masing-nya kemudian bersatu kembali ... "

Maka sebahagian mereka pun beriman, dan sebahagian lainnya lagi tetap kafir (ingkar). Oleh kerana itu, Allah menurunkan ayat-Nya: "Sungguh, telah dekat hari qiamat, dan telah terbelah bulan, dan ketika melihat tanda-tanda kebesaran Kami, merekapun ingkar lagi berpaling seraya berkata," Ini adalah sihir yang terus-menerus ", dan mereka mendustakannya , bahkan mengikuti hawa nafsu mereka. Dan setiap urusan benar-benar telah tetap ... (sampai akhir surah Al-Qamar). Sila baca al-quran untuk selengkapnya










http://apod.nasa.gov/apod/ap021029.html

What could cause a long indentation on the Moon? First discovered over 200 years ago with a small telescope, rilles (rhymes with pills) appear all over the Moon. Three types of rilles are now recognized: sinuous rilles, which have many meandering curves, arcuate rilles which form sweeping arcs, and straight rilles, like Ariadaeus Rille pictured above. Long rilles such as Ariadaeus Rille extend for hundreds of kilometers. Sinuous rilles are now thought to be remnants of ancient lava flows, but the origins of arcuate and linear rilles are still a topic of research. The above linear rille was photographed by the Apollo 10 crew in 1969 during their historic approach to only 14-kilometers above the lunar surface. Two months later, Apollo 11, incorporating much knowledge gained from Apollo 10, landed on the Moon.


Read more: http://majalahbiarbetul.blogspot.com/2011/09/misteri-bulan-terbelah-dua.html#ixzz1cBWIHZE3

awas perempuan kamera pengintip pantat






KISAH SI PEMALAS DENGAN ABU HANIFAH

Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu. Keluhannya mengandungi kata-kata, "Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku yang celaka ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."

Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan hendak diberikan kepada orang itu. Sebaik saja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Dalam pada itu, si malang berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya, lantas beliau tergesa-gesa membukanya. Setelah dibuka, nyatalah bungkusan itu berisi wang dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."

Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin,sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku."

Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik saja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.

Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah. Sungguh tidak redha Tuhan melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."

Sebaik saja dia selesai membaca surat itu, dia termenung, dia insaf dan sedar akan kemalasannya yang selama ini dia tidak suka berikhtiar dan berusaha.

Pada keesokan harinya, dia pun keluar dari rumahnya untuk mencari pekerjaan. Sejak dari hari itu, sikapnya pun berubah mengikut peraturan-peraturan hidup (Sunnah Tuhan) dan tidak lagi melupai nasihat orang yang memberikan nasihat itu.

Dalam Islam tiada istilah pengangguran, istilah ini hanya digunakan oleh orang yang berakal sempit. Islam mengajar kita untuk maju ke hadapan dan bukan mengajar kita tersadai di tepi jalan.

Ini langkah membantu pekerja tempatan bekerja....

kedah kini: MPSP: Gaji permulaan RM1,200, kontraktor perlu guna 70 peratus pekerja lokal


KUALA LUMPUR, 29 Okt — Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) akan memperkenalkan dasar baru bagi membela kebajikan pekerja mulai tahun depan dengan gaji permulaan RM1,200 dan mewajibkan kontraktor pembersihan menggunakan minimum 70 peratus tenaga kerja tempatan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, ahli majlis MPSP Steven Sim berkata, pelaksanaan dasar itu akan merangkumi rombakan semula kontrak pembersihan pihak berkuasa tempatan. “Pada masa kini, pekerja...


Read more: http://bloglistmalaysia.blogspot.com/#ixzz1cBQssQkC

Kajian dari mana manusia Melayu datang






Jika anda Melayu dan merasakan yang anda setulen-tulennya Melayu, fikir sekali lagi. Mengikut satu kajian oleh ahli genetik USM Prof Zilfalil Alwi, Melayu moden kini adalah gabungan berbagai-bagai bangsa.



ASAL USUL MELAYU

Kajian beliau bertajuk "Asal Usul Melayu Berdasarkan Fakta Genetik" (Tracing the Origins of the Malays by Analysing Genetic Data) ini dibentangkan di Seminar Sejarah Borneo kali ke-2 bertempat d Pusat Konvensyen Antarabangsa. Kajian beliau selama tiga tahun ini melibatkan sukarelawan seramai 50,000 orang.

Subjek kajian dikategorikan kepada lima kumpulan sub-etnik Melayu iaitu Bugis, Jawa, Minang, Kedah dan Kelantan.

Kajian ini dibawakan oleh Blackberry

Dan berdasarkan kajian dari sampel darah mendapati orang Melayu dalam sub-etnik tersebut mempunyai unsur-unsur genetik DNA dari Melayu Proto ( orang asli ), Semang dan India, dengan sekurang-kurangnya 20 peratus DNA Melayu dan 52 peratus China.

Ini membuktikan bahwa kumpulan Melayu ini datangnya dari Austronesia di Yunnan, China dengan migrasi dari Austronesia ke Asia Tenggara berlaku pada 25,000 BC dan kali kedua pada 1,500 BC.

Prof Zilfalil menambah bahawa bahasa Melayu yang digunakan oleh Melayu Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga berasal dari kumpulan Austronesia.

Beliau juga secara teorinya menyatakan bahawa kumpulan Melayu terawal adalah datangnya dari sami India yang datang menyebarkan agama Hindu di Semenanjung.

Beliau juga membuat kesimpulan bahawa Kelantan merupakan pusat kebudayaan Melayu ( Cradle of Malay Culture)

Mat Indera....di air kuning kemunting









Adik beradiknya cikgu Matcuci, dan termasuk juga cikgu ....

Urus hasil mahsul negara satu perbandingan

Masa depan pengurusan negara

Najwa anak Muhiddin minat seni





Projek Fedlot yang menjadi tandatanya


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata "tiada yang luar biasa" tentang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengenai projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC).

Sebaliknya, kata Muhyiddin, jabatan audit telah mengesan kelemahan-kelemahan yang akan dijelaskan.

Muhyiddin yang merupakan menteri pertanian ketika projek RM73.64 juta itu diluluskan, bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut, dan sebaliknya berkata ia akan dijelaskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar.

Selasa lalu, PKR berkata ia akan "mendedahkan" bukti untuk mengaitkan Muhyiddin dan seorang lagi menteri kabinet lyang keluarga didakwa mendapat manfaat daripada projek tersebut, sekiranya tiada penjelasan dibuat sehingga 31 Oktober.

PKR juga mendakwa projek tersebut hanya memenuhi 0.6 peratus daripada permintaan Malaysia untuk daging lembu - jauh daripada sasaran 40 peratus dalam Rancangan Malaysia Kesembilan

Laporan Ketua Audit Negara mendapati projek tersebut "kacau-bilau" dan juga gagal menjalankan program keusahawanan seperti yang dikehendaki oleh kerajaan.

Bekas editor dakwa ditukar atas tekanan menteri


Bekas editor sebuah majalah berita tempatan dalam bahasa Cina - Special Weekly - mendakwa dia telah ditukarkan dari majalah tersebut tahun lalu selepas tekanan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Bercakap dalam sidang akhbar semalam, Seow Kuwing Leong
berkata, dia ditukar selepas Hishammuddin melawat pejabat akhbar Sin Chew Daily di Petaling Jaya Ogos tahun lalu dan didakwa meminta dia ditukar.

Editor kanan itu mendakwa Hishammuddin melawat Sin Chew Daily pada 16 Ogos tahun lalu dan isu pertukarannya dibangkitkan dalam pertemuan tersebut.

Sapa penasihat najib....Kerja untuk Najib? Karut, kata Campbell


Bekas ketua komunikasi Perdana Menteri British Tony Blair - Alastair Campbell keras menafikan dakwaan penglibatannya dengan Datuk Seri Najib Razak untuk membantu kerajaan memenangi pilihan raya umum akan datang.

Campbell menulis dua kali di Twitter dalam tempoh 16 jam bahawa dakwaan itu adalah “Bull****” (mengarut), sebagai menjawab soalan tiga pengguna, dipercayai rakyat Malaysia.

Menurut portal Sarawak Report, Campbell (gambar, kiri) baru-baru ini dilihat di ibu negeri Kazakhstan dan Malaysia bagi menjalankan kerja-kerja perundingan.

Memetik sumber, portal itu melaporkan beliau sebagai orang di sebalik Najib sejak beberapa bulan lalu untuk menampilkan imej lebih mesra, seperti janji untuk reformasi undang-undang tahanan dan konsep 'Najib Cool'.

Cerita Raja Mandeliar


Orang yang mengampu raja pun bangkit mempertahankan raja, sambil digosok-gosok bontot raja yang berbekas hitam dengan songkok hapraknya. Kemudian songkok itu dipakai diatas kepalanya. maka kepada orang kebanyakan ditunjuk peluru kepada sesiapa yang berani menentang raja. Tapi alangkah hairannya aku bila portugis menyerang orang yang mengosok bontot raja dengan songkoknya tadi hilang entah ke mana. ke mana ye juak-juak tadi adanya.
Lamanya aku tak menulis