Rabu, 14 Disember 2011

Aktiviti Guru Cemerlang 2012 Batu Pahat

2 Febuari 2012 khamis = taklimat semua GC yang terlibat.
9 Febuari 2012 Khamis = ikut moderator subjek
22 Mac 2012 Khamis = bersama cikgu yang hendak di lesson study
1 apr 2012 = Dokumentasi
19 apr 2012 = Pencerapan
28 apr 2012 = Refleksi
5 mei 2012 = Bentang
12 mei 2012 = plan J dan Headcount

kekangan ialah
1. Ramai guru tak faham lesson study, kos, bahan
2. Jadual hari khamis mesti free.
3. Pengetua atau guru besar tidak membenarkan
4. Dokumentasi terlalu banyak

Pengajaran dari Finland

1. Guru sebagai kerjaya pilihan ( dipilih dari 10% graduan terbaik)
2. Semua guru mesti ada sarjana untuk dilantik sebagai guru tetap
3. Pemilihan guru sangat ketat
4. Political authorities melihat pendidikan sebagai kunci survival
5. Invesment in people is the best invesment to become competitive
6. Pendidikan percuma untuk semua
7. Tiada peperiksaan hanya peperiksaan kemasukan ke universiti
8. Sekolah diberi kuasa penuh ( full autonomy)
9. Today student learn the skill of tomorrow

USA
1. dulu USA no 1 sekarang

Perubahan pemikiran payung terjun hanya berfungis jika ia terbuka begitu juga dengan pemikiran.

if you have great teachers you have great school

cikgu kata saya tak pandai sebab itu cikgu tak benarkan saya ambil periksa UPSR


find X pelajar tunjuk x ( tiga segi )

expand (a + b)n
(a + b)n
(a + b) n

dosa guru paling besar ialah guru tak sedar murid tak belajar ( guru syok sendiri)guru tak perduli apa berlaku kepada murid.
Kenapa johor tidak top 5, kenapa ?GPS negeri johor rendah kita tak bebeberapa bagus

Peranan rakan-rakan dalam SISC...nak bantu dalam lesson study
contoh yang nampak ialah jika coach (misbun lawan chong wei) yang akan menang ialah chong wei...tetapi kenapa lee chong wei mengharapkan misbun untuk melatihnya...coach tahu kelemahan chong wei.
mengapa coach diperlukan ialah mengubah amalan, untuk mencapai

knowledge skill transfer into classroom

teori 10 5 0

pratice 30 25 5

Coach 95 95 95


Pendengar yang aktif ialah pendengar yang baik. mendengar dengan menggunakan mata.
sebab mat salleh pandang mata orang kerana boleh mengetahui keikhlasan sesaorang tetapi orang melayu kalau bercakap pandang mata ...kurang ajar.

Isnin, 12 Disember 2011

Cara merompak di lebuh raya Malaysia...hati-hati lelaki dan perempuan

Taktik Rompakan Di Lebuhraya Guna Telur Ayam!
Dilulus terbit pada Sunday, March 02 @ 21:20:57 PST oleh SongkokPutih

Oleh xx2

Ni aku ada dengar satu cerita. Nak kata baru tu tak jugak lah. Cuma sekadar peringatan buat kita semua, supaya sentiasa berhati-hati walau di mana kita berada.

Kisah ni terjadi sewaktu member kepada member aku ni, Mat Hassan (bukan nama sebenar) sedang memandu di Lebuhraya Kesas dekat Plaza Tol Puchong menuju ke Kajang 23 Disember 2007 lalu lebih kurang jam 11 malam.

Dia bersama isterinya Tipah (juga bukan nama sebenar), pulang dari makan malam di rumah adiknya di Bandar Sunway.

Kemudian, sebuah motosikal memotongnya. Si pembonceng tiba-tiba melempar dua biji telur ayam ke arah cermin hadapan (windscreen) kereta Mat Hassan. Habis kotor cermin tu, sampai susah nak tengok depan.

Mat Hassan yang terus ter-refleks, tariklah spray wiper. Apalagi terus hilang pandangan hadapan! Langsung tak nampak apa-apa. Mana taknya, telur tu bila diratakan dengan bilah wiper, makin memutih la kat atas cermin tu dengan sebati dan sekata lagi…

Terus Mat Hassan berhenti mengejut di lorong kecemasan. Dia pun keluar dari kereta, lap kesan telur tadi. Tipah pulak cemas je dalam kereta.

Tiba-tiba sebuah Proton Satria berhenti belakang kereta Mat Hassan. 3 orang lelaki sasa keluar dari kereta terus meluru ke arah Mat Hassan dengan pedang Samurai sebilah seorang sambil menempik menyuruh diorang serah diri - bagi kunci kereta, wallet, dan handset.

Nasib baik laa, nak dijadikan cerita, Mat Hassan ni polis. Polis apa, aku pun tak tau (member aku tak citer pun). Terus dia keluarkan revolver dia dan melepaskan 2 das tembakan kecemasan amaran ke udara.

3 lelaki tadi terus lari lintang pukang, melompat masuk macam orang gila, ke dalam kereta dan terus blah, dengan lajunya, dengan tak bagi isyaratnya…

Mat Hassan pun terus call bantuan, dan mereka akhirnya selamat. Kesan telur pecah jer tak sempat nak lap lagi.

Modus operandi sebegini sebenarnya dah banyak digunapakai di lebuhraya. Mangsa yang dituju biasanya golongan perempuan - lebih lagi yang bawak anak kecil kat belakang.

Jadi, tolonglah kita sama-sama kena ingat. Bila perkara sebegini berlaku kepada anda, pastikan:

1. Jangan sesekali tarik spray wiper;

2. Teruskan memandu dengan apa jua keadaan pun, ke mana-mana stesen minyak, balai polis, 7-Eleven, atau mana sahaja tempat tumpuan orang ramai.

Tolong pesan sekali kepada semua ahli keluarga, sedara mara dan rakan-rakan Pandulah dengan selamat, wallahu a'lam.

P/s: Kadang-kadang bila kita dengar banyak cerita macam ni, kita akan jadi lebih berhati-hati. . Bila perkara yang seumpama ini berlaku pada kita, kita akan jadi lebih alert dan tindakan kita akan jadi lebih proaktif dan berkesan.

Ahad, 11 Disember 2011

Masa membuli sudah tamat

November 20, 2011
PRU: SPR patut ingatkan Najib
Posted on Saturday, November 19 @ 00:50:08 PST by paktam


Oleh Subky Latif

REAKSI Timbalan Pengerusi SPR terhadap kemungkinan Pulau Pinang dan lain-lain negeri Pakatan Rakyat tidak mengadakan PRU serentak dengan PRU 13 ialah ia akan melibatkan perbelanjaan yang lebih besar. Ia akan tambah membebankan kewangan negara.

Lalu dia memuji kerajaan PAS Kelantan kerana tidak pernah mengadakan pilihan raya negeri yang berlainan dengan PRU.


Kesedaran SPR tentang beban kewangan dan beban kerja yang bertambah bagi SPR kerana mengendalikan satu lagi pilihan negeri pula adalah sikap prihatin yang munasabah. Adalah wajar jika pilihan raya iu diadakan serentak.

Tetapi pandangan SPR itu tidak wajar dituju atau disalahkan kepada kerajaan Pulau Pinang saja. Ia wajar diingatkan sama kepada Perdana Menteri yang ada kuasa bagi mengadakan pilihan raya bila-bila yang dia suka.

Zaman bagi Perdana Menteri membuli parti-parti minoriti sudah berakhir. Tidak wajar lagi Perdana Menteri boleh menggunakan kuasa mutlaknya tanpa memikirkan keselasaan pihak lain.

Kerajaan Pulau Pinang tidak sengaja mahu membebankan kerja SPR dan bukan ia tidak sedar akan kesan kewangannya, tetapi ia hanya diadakan di waktu yang berbeza kiranya Perdana Menteri tidak mengambil kira waktu matang penggal pilihan raya itu.

Tempoh matanya lima tahun. Maka waktu yang terbaik ialah masuk tahun terakhir atau lebih tepat menjelang tamat tempoh penggalnya. Kecuali berlaku kejadian yang yang tidak diduga seperti rampas kuasa di Perak dua tahun lalu, maka munasabah pilihan raya tergempar diadakan bagi menentukan supaya yang berkuasa ialah pihak majoriti yang ditentukan rakyat.

Tetapi setiap Perdana Menteri yang sombong tidak pernah memikirkan keselesa orang lain. Justeru dia diberi kuasa, maka dia suka menggunakan kuasanya.

Kerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinan Dato Asri dulu dan yang dipimpin oleh ulama sejak 21 tahun dulu tidak pernah tidak serentak dengan PRU ialah ia cukup tenaga dan keupayaan untuk mencabar kuasa Perdana Menteri.

Jika ia mengadakan pilihan raya bersendirian sedang ia bukan parti yang disokong oleh kerajaan pusat, ia tidak terdaya untuk menghadapi tumpuan serangan kerajaan pusat dan tenaga parti BN yang dikerah dari seluruh negara.

Sama ada Kelantan suka atau tidak suka, ia terpaksa terima hakikat keupayaannya. Dengan pilihan raya serentak, ia dapat mengurangkan kesan tekanan musuh politik.

Tetapi dalam suasana Pakatan Rakyat berkuasa di empat buah negeri dan ia mempunyai sokongan yang menggalakkan di beberapa negeri yang dikuasai BN, maka ia mampu bersaing dengan penyokong Perdana Menteri.

Malah tindakan yang demikian adalah bagi mencabar Perdana Menteri yang sombong supaya tidak bongkak dengan kuasa sendiri. Kuasa itu adalah sepatutnya diguna seadilnya, bukan untuk membuli seteru politik yang tidak kuat.

Tentang SPR terpaksa menghadapi beban kerja bertambah, ia adalah tanggungjawab yang SPR terpaksa pikul. Ia ditubuhkan untuk menguruskan pilihan raya, maka ia mestikan bersedia menghadapinya dalam apa keadaan sekali pun.

Sekarang SPR jangan bangkit soal kewangan sebagai bahan propaganda UMNO dan Perdana Menteri. Individu di SPR sebagai rakyat boleh menimbulkannya betapa bertambah beban yang bakal ditanggung rakyat. Tetapi ia tidak ditumpukan pihak yang mencabar saja. Ia juga perlu ditujukan kepada pemegang kuasa supaya tidak lagi bersikap zalim terhadap pelanggan SPR yang lain.

SPR wajar menjadi penasihat yang baik kepada Perdana Menteri. Ingatkan dia beban dan risiko yang bakal dihadapi kira PM terus berbangga dan sombong dengan kuasa mutlak yang ada padanya.

Perdana Menteri tidak lagi boleh sesuka hati untuk mengadakan pilihan raya mengejut. Dia mesti meninjau pandangan pelanggan SPR yang lain yang ada kuasa dalam perkara itu.

Jika Perdana Menteri juga prihatin tentang kewangan negara, maka ia mesti adil dalam menggunakan kuasa dan haknya.

Sabtu, 10 Disember 2011

Saman Papagomo


Amin Iskandar buat laporan polis dakwa Papagomo fitnah
Oleh Lisa J. Ariffin December 06, 2011
KUALA LUMPUR, 6 Dis — Seorang kolumnis The Malaysian Insider membuat laporan polis petang ini mendakwa dia telah difitnah oleh pemblog pro-Umno Papagomo.

Amin Iskandar dengan ditemani peguamnya membuat laporan polis di balai polis Jalan Travers di sini dan meminta pihak berkuasa menyiasat tulisan Papagomo.

Papagomo, nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, dalam tulisannya bertajuk “Amin Iskandar penulis The Malaysian Insider akui dicabul Anwar Ibrahim” mendakwa Amin telah ‘dicabuli’ oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Amin dengan keras menafikan dakwaan itu dan mengkritik tindakan Wan Muhamad Azri sebagai tidak wajar.

“Fitnah Wan Muhammad Azri, dipercayai dilakukan dengan niat mahu mempertahankan (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan Naib Ketua Pemuda Umno) Datuk Razali Ibrahim daripada tulisan dan kecaman saya pada 25 November lalu,” kata Amin selepas membuat laporan polis.

“Sebagai seorang penulis dan pemblog yang memperjuangkan kebebasan meluahkan pandangan, laporan ini bukan dibuat oleh menyekat kebebasan bercakap, tetapi untuk menghentikan fitnah daripada menjadi budaya sesetengah pihak,” katanya lagi.

Restoren NFC akan mengatasi KFC tak lama lagi



KFC mungkin akan menghadapi persaingan lebih sengit jika NFC mengorak langkah membuka cawangan diseluruh Malaysia

Ilham pilihanraya ialagh harga sawit mesti RM750 ke atas.

P'raya sebelum reformasi? mana boleh,ramai yang terlupa bahawa UMNO disokong sepenuhnya oleh orang melayu di kawasan luar bandar.Orang melayu membentuk 3/4 undi majoriti BN, orang melayu untuk menampung kos sara hidup yang semakin menjerat leher sekarang mereka banyak bergantung kepada kelapa sawit.DS najib tak boleh main-main dengan golongan luar bandar. Golongan luar bandar berkait dengan kelapa sawit. Golongan luar bandar kebanyakan golongan pekebun kecil adalah orang yang paling ramai membantu undi UMNO. Golongan orang melayu yang paling ramai bergantung kepada kelapa sawit. untuk membentuk satu massa feel good harga kelapa sawit memainkan peranan yang besar. Jika tidak dimanupulasi maka ia akan menjadi satu tragedi. Maka harga sawit menjadi penentu parlimen malaysia. Atau boleh dikata harga sawit adalah penentu UMNO. Jadi harga sawit mesti disekitar RM700 hingga RM800 untuk dibubar parlimen. jika kurang dari itu maka ia langkah kurang bijak. Mungkin 10 % hingga 30% undi BN akan hilang.

Amin Iskandar
5:45PM Nov 11, 2011
Demonstrasi anjuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu sedikit sebanyak membuahkan hasil.

Selain dari berjaya menyedarkan orang ramai tentang pentingnya reformasi dilakukan terhadap proses pilihan raya di Malaysia, ia juga menyebabkan kerajaan Malaysia terpaksa menubuhkan jawatankuasa pilihan khas bagi menambah baik sistem pilihan raya (PSC).

PSC terdiri daripada wakil BN, Pakatan Rakyat dan bebas. BN diwakili oleh Datuk Seri Maxumus Ongkili, Datuk Alexander Nanta Linggi, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad, Tan Sri Dr Fong Chan Onn dan P Kamalanathan.

Manakala Pakatan pula menghantar Azmin Ali, Dr Hatta Ramli dan Anthony Loke. Bebas pula diwakili oleh Wee Choo Keong.

Tanggungjawab, peranan dan tugas PSC ini adalah mengkaji perkara-perkara yang akan memperkukuhkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengkaji proses pilihan raya yang bebas dan adil.

PSC yang diluluskan penubuhannya oleh Dewan Rakyat pada 3 Oktober 2011 akan bertugas selama enam bulan dari tarikh penubuhannya.

PSC mempelawa wakil pertubuhan, persatuan berdaftar dan individu untuk mengemukakan cadangan atau syor yang boleh memperbaiki proses pilihan raya di Malaysia.

11.11.11

Oleh kerana sistem pilihan raya di Malaysia memberikan kuasa penuh kepada perdana menteri untuk menentukan tarikh, ia sering mengundang spekulasi.

Ramai pihak yang percaya, pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) akan dilaksanakan sebelum PSC selesai menjalankan tugas.

Terdapat berberapa faktor yang menyebabkan ada pihak yang percaya bahawa pilihan raya akan diadakan dalam jangka masa terdekat.

Belanjawan 2012 yang diumumkan baru-baru ini oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak dianggap oleh sesetengah pihak sebagai "belanjawan pilihan raya" oleh kerana terdapat banyak pemberian wang tunai secara "one off" kepada banyak golongan dan habuan-habuan yang besar kepada sektor awam.

Tambahan lagi diambang sambutan hari Malaysia pada malam 16 September 2011, perdana menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berberapa undang-undang "draconian" yang lain.

Tindakan ini dilihat sebagai satu langkah untuk mendapatkan undi popular dalam pilihan raya apatah lagi pemansuhan ISA adalah diantara agenda utama perjuangan Pakatan.

Malahan ada juga pihak yang percaya pembubaran parlimen akan berlaku pada hari ini, 11.11.11 (11 November 2011) oleh kerana angka sebelas dikatakan sebagai angka kegemaran Najib.

Undang kemarahan

Jika benar PRU 13 akan dilaksanakan sebelum PSC selesai menjalankan tugas, tindakan ini akan mengundang kemarahan ramai pihak.

Kerajaan akan dilihat "tidak ikhlas" dalam usaha untuk memperbaiki sistem pilihan raya di Malaysia dan penubuhan PSC hanyalah satu "wayang" untuk mengula-gulakan rakyat jelata.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - sebuah organisasi yang semakin berkembang popular dikalangan anak muda - dan berberapa organisasi lain baru-baru ini mengadakan sidang akhbar.

Sidang akhbar tersebut bertujuan untuk memberi kata dua kepada kerajaan - jika PRU 13 dilaksanakan sebelum reformasi pilihan raya dilaksanakan, sebuah mobilisasi rakyat secara besar-besaran akan dilakukan untuk membantah tindakan tersebut.

"Maka tidak menolak kemungkinan kali ini rakyat turun bukan sahaja untuk melakukan protes tapi benar - benar untuk menukar regim yang sekian lama gagal menjamin hak rakyat untuk mendapatkan proses demokrasi pilihan raya yang bersih dan adil.

"Kita tidak boleh menolak kemungkinan rakyat akan bangkit untuk memastikan regim turun agar proses pilihanraya yang adil dan bersih boleh mengambil tempat dan negara ini boleh diselamatkan", kata jurucakap SAMM Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard.

Tindakan membubarkan parlimen sebelum PSC menyelesaikan tugas adalah tindakan yang tidak bijak.

Jika kita ingat kembali, antara punca kemarahan orang ramai dalam pilihan raya lepas adalah apabila penggunaan dakwat kekal dibatalkan empat hari sebelum hari mengundi.

Kali ini, jika PRU 13 berlangsung sebelum reformasi pilihan raya dilaksanakan atau sebelum PSC sempat menyelesaikan tugas, tidak mustahil kemarahan rakyat akan menjadi lebih besar.

Lebih parah lagi jika proses pilihan raya di Malaysia tidak lagi diyakini oleh orang ramai dan kaedah lain seperti "pilihan jalan raya" akan dipilih untuk menentukan kepimpinan negara.

Jika dilihat daripada sejarah negara-negara jiran lain di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Filipina, pilihan jalan rayalah yang akhirnya menumbangkan regim dan barulah proses reformasi politik berlaku.

Amin Iskandar menerima anugerah zamalah Intelektual Awam Asia (API) 2009-10 untuk menjalankan kajian tentang sejarah pemantauan pilihan raya di Filipina dan Indonesia.
Posted by bob bon at 9:01 PTG
Labels: Kelapa sawit membentuk ilham najib

Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan? Amaran DS Najib

Liau Peng Chuan · Pengulas Tertinggi · Johor Bahru
Masa depan Melayu 'gerhana' jika Putrajaya ditawan? Ingat UMNO! Melayu bukan pengemis yang nak minta sedekah daripada bangsawan UMNO.Cukup, cukup 53 tahun memerintah dan mengangap Melayu sebagai pengemis! Bergitu juga MCA, dan MIC.Yang Gerhana itu kocek anak, bini dan menantu buaya-buaya UMNO! ADA PAHAM? Yang jual goreng pisang, yang jual nasi lemak kat tepi jalan? Berapa saham RHB mereka dapat? yang minta sedekah kat tepi jalan berapa AP dan saham mereka dapat? yang cuci longkang berapa tanah dapat? Semua disonglap oleh buaya-buaya UMNO.( yang lain aku sensor)lebih dari 18SX.

Khamis, 8 Disember 2011

Universiti terbaik dunia






Kalau dahulu, ranking Malaysia melalui Universiti Malaya berjaya menempatkan diri dalam kalangan 180 universiti terbaik dunia, nampaknya selepas ini Universiti Malaya perlu bekerja lebih keras lagi, begitu juga dengan universiti di Malaysia yang lain. Senarai universiti terbaik Asia 2010 telah pun dikeluarkan.

Senarai Universiti Terbaik Asia 2010 :

University of Hong Kong
The Hong Kong University of Science and Technology
National University of Singapore (NUS)
The Chinese University of Hong Kong
The University of Tokyo, Japan
Seoul National University, South Korea
Osaka University, Japan
Kyoto University, Japan
Tohoku University, Japan
Nagoya University, Japan
Tokyo Institute of Technology, Japan
Peking University, China
KAIST- Korea Advanced Institute of Science & Technology, South Korea
Pohang University of Science And Technology (POSTECH), South Korea
City University of Hong Kong
Tsinghua University, China
Kyushu University, Japan
Nanyang Technological University (NTU), Singapore
Yonsei University, South Korea
University of Tsukuba, Japan



Bagaimana pula dengan Malaysia. Universiti seperti UM, UKM, USM di kedudukan berapa bagi universiti terbaik Asia? Okey…….ada 5 universiti yang berjaya tersenarai dalam kalangan 100 universiti terbaik Asia. Antaranya :

Universiti Malaya (UM) adalah kedudukan tertinggi di tangga 42 (tahun 2009 #42)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada kedudukan 58 (tahun 2009 #58)
Universiti Sains Malaysia (USM) di 69 (tahun 2009 juga #69)
Universiti Putra Malaysia (UPM) berada di 77 (tahun 2009 #90)
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan 82 (tahun 2009 #82)
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) di 159 (tahun 2009 #201)
Senarai universiti terbaik Asia 2010 ini dipantau dan dikemaskinikan oleh QS Quacquarelli Symonds Ltd Pengumpulan data dan semakan maklumat bagi setiap universiti dimulakan pada akhir 2009 hingga ke Mac tahun ini (2010)

Macam mana gaji anda

Pekeliling SBPA telah dikeluarkan secara rasmi di laman khas JPA bagi Saraan Baru perkhdimatan Awam (Skim SBPA ini). Walaubagaimanapun, lampiran C yang melibatkan tangga gaji baru 2012 SBPA masih belum ada lagi.

DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)

67. Bagi memastikan kecemerlangan penyampaian Perkhidmatan Awam, Kerajaan memperkukuhkan dasar pemisah dengan mengambil tindakan tegas untuk mengeluarkan pegawai berprestasi rendah dan bermasalah. Dasar ini juga menyediakan laluan keluar bagi pegawai berprestasi yang tiada peluang kemajuan kerjaya serta pegawai yang menghadapi masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaannya untuk menjalankan tugas.
Link JPA:

SBPA UMUM : KLIK
SBPA GURU : KLIK
SBPA PDRM : KLIK
Jadual Pemindahan Gaji

PnP
Pelaksana Diploma
Pelaksana STPM
Pelaksana SPM
Pelaksana PMR
Skim Perkhidmatan Bersepadu
Skim bawah SPRM
Skim Bawah Maritim
Fail yang boleh di muat turun adalah seperti berikut:

Fail 1: Dasar Baru Perkhidmatan dan Opsyen SBPA
Fail 2: Persaraan dan Faedah Persaraan
Fail 3: Perlaksanaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
Fail 4: Struktur Perkhidmatan
Antara Kandungan Pekeliling SBPA 2012 ini yang dianggap penting & menarik perhatian kami ialah :

STRUKTUR GAJI

Gaji Single Point

27. Gaji Single Point adalah diperuntuk bagi Jawatan Premier di bawah Kumpulan Premier.
Gaji Minimum – Maksimum
28. Gaji Minimum – Maksimum adalah diperuntuk untuk Jawatan Utama dan Jawatan Gred Khas di bawah Kumpulan Pengurusan Tertinggi.
Gaji Sebaris

29. Jadual Gaji Sebaris (JGS) adalah dibentuk bagi menggantikan JGM sedia ada yang terpakai bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta Kumpulan Pelaksana.
30. Struktur JGS mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
30.1 matagaji mengikut susunan Tangga (T) dalam sebaris bagi setiap gred gaji.
30.2 bilangan Tangga (T) yang sama di gred gaji yang sama dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan.
30.3 kadar Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) yang sama bagi setiap gred yang setaraf dalam semua Klasifikasi Perkhidmatan dengan pola peningkatan KGT lebih baik berbanding gred lebih rendah.
31. JGS untuk skim perkhidmatan tetap adalah seperti di Lampiran C1 manakala JGS untuk skim perkhidmatan jumud di bawah SBPA adalah seperti di Lampiran C2.
Prinsip Pemindahan Gaji

32. Prinsip pemindahan gaji di bawah opsyen SBPA adalah daripada matagaji yang akhir diterima di gred gaji asal kepada matagaji tertinggi berhampiran dalam JGS, di mana perbezaannya tidak kurang daripada satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal.
Kaedah Pemindahan Gaji Dan Tarikh Pergerakan Gaji
33. Bagi maksud pemindahan gaji ke JGS pada 1 Januari 2012, pegawai diberikan satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
34. Bagi pegawai yang berada di matagaji maksimum jadual gaji asal, pegawai diberikan kuantum satu (1) Pergerakan Gaji Biasa di gred gaji asal dan kemudiannya dipindahkan kepada JGS berdasarkan matagaji yang sama dan sekiranya tiada matagaji sama, penetapan adalah pada matagaji tertinggi berhampiran.
35. Pegawai yang tarikh kenaikan pangkatnya pada 1 Januari 2012 hendaklah diberi pemindahan gaji dari matagaji di gred hakiki kepada matagaji di gred setara SBPA terlebih dahulu dan seterusnya ditetapkan gaji permulaan di gred kenaikan pangkat berdasarkan prinsip kenaikan pangkat di atas gaji SBPA.
36. Contoh kaedah pemindahan gaji di perenggan 33, 34, dan 35 adalah seperti di Lampiran C3.
37. Tarikh Pergerakan Gaji (TPG) tahunan iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai dan 1 Oktober adalah dikekalkan.
38. Pemindahan JGM kepada JGS tidak mengubah TPG pegawai kecuali dalam keadaan berikut:
38.1 pegawai yang telah berada di matagaji maksimum pada 31 Disember 2011 akan diubah TPG kepada 1 Januari.
38.2 pegawai yang terlibat dengan pemindahan gaji daripada dua (2) atau lebih matagaji JGM kepada satu (1) matagaji baru yang sama di JGS. TPG pegawai ditetapkan kepada TPG baru.
39. Jadual pemindahan JGM kepada JGS dan penetapan TPG adalah seperti berikut:
39.1 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Tetap. Lampiran C4
39.2 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C5
39.3 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Yang Diberi Penarafan Semula (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C6
39.4 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Memenuhi Syarat). Lampiran C7
39.5 Jadual Pemindahan Gaji Dan Penetapan Tarikh Pergerakan Gaji Bagi Skim Perkhidmatan Jumud (Penyandang Yang Tidak Memenuhi Syarat). Lampiran C8
Pergerakan Gaji Tahunan

40. Di bawah SBPA hanya satu (1) jenis Pergerakan Gaji Tahunan diberikan iaitu Pergerakan Gaji Biasa. Pegawai yang tidak mencapai prestasi yang ditetapkan tidak layak menerima pergerakan gaji. Pergerakan Gaji Tahunan bagi tahun 2012 hendaklah diberi mengikut TPG yang telah ditetapkan seperti di perenggan 37, 38 dan 39.
Jadual Gaji Khas Untuk Penyandang

41. Mulai pelaksanaan SBPA, tiada lagi Jadual Gaji KUP diwujudkan untuk kes-kes kenaikan pangkat, pertukaran pelantikan, pertukaran sementara, peminjaman, pertukaran tetap dan Peningkatan Secara Lantikan (PSL). Bagi kes-kes tersebut, penetapan/ tawaran gaji adalah tertakluk kepada gaji maksimum JGS di gred yang ditawarkan.
42. Bagi tujuan tawaran opsyen SBPA kepada pegawai yang berada di jadual gaji SSM secara KUP, pemindahan gaji hendaklah dilaksanakan seperti mana pegawai yang berada di matagaji maksimum di bawah SSM mengikut prinsip-prinsip seperti di perenggan 34 dan 38.1.
43. Ketua Jabatan hendaklah memohon Jadual Pemindahan Gaji daripada JPA (Bahagian Saraan) bagi keadaan berikut:
43.1 pegawai yang gajinya tidak diperuntukkan dalam Jadual Pemindahan Gaji di Lampiran C4 hingga Lampiran C8.
43.2 pegawai yang berada dalam keadaan di perenggan 42 di atas.
43.3 pegawai yang gajinya di bawah Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (Laporan JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru (SSB) yang menerima tawaran opsyen SBPA.
Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)

44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.
Setakat ini antara tangga gaji SBPA 2012 yang berjaya diperolehi antara ialah :
Tangga Gaji Baru Guru

tangag gaji guru DG32
tangga gaji guru DG34
tangga gaji guru DG 44
tangga gaji guru DG 48
tangag gaji guru DG52
tangga gaji guru DG54

Tangga Gaji Bagi Skim J (Kejuruteraan):-

SSM J17 = SBPA J4-1 Gaji RM980-RM2805 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95) => SPM
SSM J22 = SBPA J4-3 Gaji RM1935-RM3545 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115 ==> SPM
SSM J26 = SBPA J4-5 Gaji RM2290-RM4040 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM125) ==> SPM
SSM J17 = SBPA JA3-1 Gaji RM1410-RM4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150) ==> => Untuk sijil politeknik bertaraf STPM
SSM J29 = SBPA J2-1 Gaji RM1565-RM4340 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145/150)
SSM J36 = SBPA J2-4 RM3035-RM5555 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 180)
SSM J38 = SBPA J2-5 RM3410-RM6140 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM 195)
Tangga Gaji Bagi Skim N (Pentadbiran & Sokongan)

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM80)
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM95)
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 (Kenaikan gaji tahunan KGT RM145)
Kakitangan awam hanya diberikan tempoh selama 15 hari mulai 16 Disember 2011 hingga 30 Disember 2011 bagi memilih samada SBPA atau kekal dalam sistem lama SSM.

P/S : Setakat ini kaedah perlaksanaan telah dikeluarkan secara rasmi. Tangga gaji SBPA masih belum dikeluarkan lagi buat masa ini…Ramai yang inginkan lampiran C, tetapi masih dimuat naik lagi. Sebenarnya inilah yang menjadi tanda tanya sebahagian besar kakitangan awam. Tangga gaji biasanya akan diedarkan oleh Jabatan masing-masing.

Harta-harta Keluarga BN itu semua cerita Pakatan

Oleh Keruah Usit

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud
didakwa dengan bongkaknya berkata bahawa beliau mempunyai lebih banyak wang daripada boleh dihabiskannya.

Menurut sebuah NGO Switzerland yang berkempen menentang rasuah di Sarawak, Dana Bruno Manser (BMF) - di Malaysia sahaja, keluarga Taib memiliki U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) aset korporat di 14 syarikat.



Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia.

Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, menurut BMF, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).


Keluarga Sharizat

Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.

Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif) dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.

Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.

Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.

Tentang UMNO

Kajian UIA Tidak Menggambarkan Populariti UBN
November 20, 2011
macam mana uia buat kajian orang ini tanya lain dan orang itu tanya lain…kajian itu tak valid. sebab aku pernah buat kajian kalau skop kajian mesti sama apa yang ditanya si A mesti sama dengan apa yang nak ditanya si B…ini kajian terbaru ke wahai UIA.
Posted by admin | Saturday, November 19, 2011




SATU kajian dijalan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan populariti Haji Najib Razak mantap dan mengatasi populariti tiga tokoh politik semasa lain; Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Gua Eng. Kajian itu mengambil 1,500 sampel yang dilakukan sejak 2009.

Kajian itu menyebut populariti Najib yang sedikit merosot sebelum naik hingga 63%.

Saya bersetuju kalau populariti Najib naik mendadak dan meninggalkan tiga tokoh lain. Walaupun ia boleh dipertikaikan dari sudut kebenaran tetapi ada kebenarannya dengan kajian itu. Pihak yang tidak suka Najib tidak perlu menidakkan dapatan kajian itu.

Sebaliknya apa yang kena faham kajian itu hanya menumpukan kepada keperibadian Najib sebagai perdana menteri. Beberapa soalan yang mungkin diajukan kepada sampel ialah tentang stail Haji Najib dan juga pendekatannya dengan rakyat. Kajian itu tidak menyetuh soal permasalahan di sekitar diri Najib misalnya ‘damage’ yang disebabkan isterinya.

Apa yang ditanyai ialah soalan positif dan tentu mengelak soalan-soalan negatif berhubung dengan kelemahan fata Najib. Kalau soalan negatif ditanya atau pun soalan kajian itu bebas, sukar untuk meletakkan Najib lebih popular dari tokoh lain.

Manakala soalan yang diajukan mengenai tiga tokoh pembangkang, Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng itu tentu soalan negatif yang disekitar apa yang didedahkan oleh media massa khsusnya media massa penjilat buntut kerajaan UBN.

Kalau sample menjadi atau memberi pandangan negtif mengenai ketiga-tiga tokoh itu ia juga tidak ganjil kerana media massa arus perdana sudah melanyak dan mengutuk mereka semahunya. Tentu sampel itu menjawab pertanyaan itu dengan pengaruh media massa. Dalam kata lain kajian itu dibuat secara endorcement.

Bagi saya kajian itu tidak sedikit pun perlu dibimbangi oleh para pendokong Pakatan Rakyat. Populariti Najib tidak banyak mempengaruhi keputusan pilihan raya ke 13 nanti. Harus disedari antara diri Najib dengan kerajaan yang dipimpinnya kini – UBN, dua hal berbeza.

Najib adalah sebagai peribadi mungkin cara dan pendekatannya yang turun pandang telah menyentuh perasaan rakyat. Bila Haji Najib minum kopi dengan rakyat di warung, ataupun membuat lawatan ke setesen bas dan teksi rakyat tertarik dengannya. Rakyat memang suka sikap dan juga pendekatan demikian kalaupun itu hanya sandiwara atau pun sikap yang sengaja diubah untuk kepentingan pilihan raya.

Kenapa saya kata begitu sebab mengunjungi orang kampung bukan perangai Najib. Najib jadi wakil rakyat bukan selepas beliau jadi perdana menteri, tetapi sejak tahun 1976 lagi. Orang Pekan mengetahui akan sejauh mana kepedulian Najib ini, kalau tidak Najib tidak pernah menang dengan nyawa ikan pada tahun 1999.

Populariti diri Najib belum tentu untuk mengatakan rakyat suka kepada parti yang dipimpinnya UBN. UBN telah terlalu lama dan membosankan rakyat. Berbagai penyakit yang menimpa UBN yang dilakukan oleh pemimpinnnya menyebabkan rakyat berfikir dua kali untuk terus memberi sokongan. Rakyat terutamanya yang ada otak akan membezakan di antara diri Najib dengan kerajaannya.

Isu-isu seperti lembu gemuk membabitkan Sharizat Jalil, menteri yang ke Makkah menaiki jet kawannya, dan sebagainya tetap menjadi persoalan rakyat. Isu itu akan dapat mengambus kemesraan Najib dengan rakyat.

Saya percaya Najib sendiri tahu apakah natijah kepada dapatan kajian itu. Najib sendiri tidak muda teruja dan terpesona dengan dapatan itu mengatakan dia popular. Kepopulariti beliau belum tentu dapat menjadikan parti UBN popular di kalangan rakyat.

Kesimpulan kajian UIA itu tidak lebih untuk menyedapkan Najib sahaja, tetapi hakikatnya amat pahit untuk diterima. Mungkin untuk media massa ia adalah berita yang sangat bernilai tetapi kepada UBN dan Najib sendiri sebaliknya. Kajian itu menjadikan Najib semakin cemas dan boleh memberi keburukan kepada dirinya sendiri.

http://msomelayu.blogspot.com

Posted in Uncategorized | Edit | Leave a Comment »

Matinya bangsa melayu di Malaysia hidupnya islam di nusantara
November 20, 2011
PERHIMPUNAN Agung Umno akan diadakan penghujung bulan ini dan Pilihan Raya Umum mungkin menyusul tidak lama selepas itu.

Tetapi, orang kedua paling berpengaruh dalam politik Malaysia – mengikut kaji selidik terbaru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata – sehingga kini UMNO masih belum lagi giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat, terutamanya orang Melayu.

Bukan alang kepalang punya kata. Bukan cakap di kedai kopi atau dalam blog sendiri, tetapi kepada akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia.

Dalam temu ramah panjang lebar dengan akhbar itu, Dr Mahathir, antara lain berkata:

1. Undi bukan Melayu, khasnya undi Cina, hanyalah undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh dengan cukup banyak kalau tidak Umno/Barisan Nasional tidak boleh menang;

2. Beliau tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya, hampir waktu pilihan raya banyak aktiviti diadakan bagi memberi kefahaman mengenai perjuangan Umno. Inilah gambaran yang beliau peroleh;

3. Dahulu Umno kuat. Tidak ada orang yang meninggalkan parti, tetapi sekarang Umno perlu memenangi semula hati mereka yang telah meninggalkan parti;

4. BN/Umno menang PRU lalu dengan kelebihan suara yang kecil. Jadi, kalau ada ahli yang keluar, walaupun 200 atau 300, itu sudah cukup besar. Kalau 100 orang lari, Umno kena cari balik 200 orang. Kalau tidak mendapat dua kali ganda lebih ramai daripada yang telah meninggalkan UMNO, agak susah bagi parti itu untuk dapat kemenangan;

5. Ramai orang Melayu beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana kecewa dengan Umno. Dulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini, mereka tidak nampak Umno memperjuangkan nasib orang Melayu. NGO tidak boleh buat apa-apa, tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan ahli mereka tidak mengundi UMNO/BN, maka kesan kehadiran mereka kepada politik negara adalah besar;

6. Pemimpin Unmo kena tahu mengapa ramai orang Melayu beralih kepada NGO. Ada NGO Melayu, contohnya Perkasa, yang hendak sokong UMNO, tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO, maka Perkasa terpaksa diambil alih;

7. UMNO harus ambil tahu dan tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Umno tidak boleh mempunyai banyak musuh dalam keadaan sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh Umno pun patut pertahankan dan ambil tahu apa masalahnya;

8. Umno boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan orang Melayu. Umno harus bagi penjelasan sebab-sebab ia membuat sesuatu tindakan. Umpamanya, tempat-tempat di universiti Kerajaan Umno ambil tahu tetapi Umno tidak ambil tahu tempat-tempat di universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang di universiti awam dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat;

9. Pintu Umno semakin sempit. Masa beliau menerajui Umno, tidak banyak masalah kerana UMNO kukuh dan perwakilan memilih memimpin yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini, orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk ke dalam UMNO, sebab itu ramai masuk Pas. Jadi, di kalangan pemimpin UMNO tidak ada banyak orang yang berkaliber, tambahan lagi mereka dikaitkan pula dengan rasuah seperti menggunakan duit masa bertanding Ahli Majlis Tertinggi; dan

10. Umno rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi tuduhan rasuah. Orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini Umno yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Mohd Najib. Umno memerlukan banyak masa untuk diperkuatkan semula, tetapi Mohd Najib sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Saya yakin ramai pembesar Umno tidak akan senang hati dengan analisis Dr Mahathir itu, apatah lagi kerana mereka sendiri telah beria-ia menguar-uarkan pemulihan Umno.

Tetapi kalau mereka menyanggah kenyataan beliau, apatah lagi memarahi beliau, mereka akan menderita tindak balas yang negatif.

Walaupun Dr Mahathir telah bersara lapan tahun dan pelbagai percubaan dibuat untuk meminggir dan menutup mulut beliau, termasuk oleh Umno sendiri, namun beliau masih disanjung dan diyakini oleh ramai orang Melayu dan rakyat Malaysia, termasuk generasi muda.

Jadi Umno kenalah telan ubat pahit yang doktor politik itu berikan, kalau tidak maladi Umno mungkin lebih teruk.

Untuk temu ramah penuh, cuba layari

MEMAHAMI KONFLIK DI LEBANON

May 25, 2008, 4:27 am
Filed under: Berita & Analisis, Sosial & Politik, Tokoh & Figur
Tak salah jika Ibrahim al-Amin, kolumnis terkenal Lebanon, menganggap bahwa Hasan Nashrallah, Sekjen Hizbullah, adalah pewaris tongkat Nabi Musa. Dia mampu menelan semua ular yang dilempar para konspirator untuk mencederainya. Meski dia tidak mendapat wahyu di Bukit Sinai, tapi dia sangat cerdas membaca gelagat dan keadaan.
Sejak selesai perang 2006, semua pakar militer menyatakan bahwa Israel tak mungkin lagi—setidaknya dalam waktu dekat—berhadapan langsung dengan Hizbullah. Trauma perang 2006 masih sangat terasa. Israel hanya akan mengrengek meminta AS menggunakan tangan-tangan sekutu Arabnya untuk menusuk Hizbullah dari belakang dan mengguntingnya di lipatan. Dan itu artinya melibatkan Hizbullah dalam sebuah konflik sektarian Sunni-Syiah yang berdarah-darah.

Tentu AS tak mengalami banyak masalah meyakinkan sekutu-sekutu Arabnya untuk terlibat dalam rencana sejahat ini. Hasil akhir perang 2006 lalu nyata-nyata tak menguntungkan dinasti-dinasti Arab, terutama Arab Saudi, Yordania dan Mesir yang selama ini terus menikmati status quo konflik di Timur Tengah. Ketiga rezim itu tak pernah canggung memperlihatkan kerisauan atas meluasnya popularitas Hizbullah (dan Hamas). Dalam hampir semua kesempatan, rezim-rezim status quo itu terus menunjukkan permusuhan pada kelompok perlawanan ini. (Di Kairo 10 Mei kemarin, Saud al-Faisal, menlu Arab Saudi, menyatakan bahwa “Hasan Nashrallah sama saja dengan Ariel Sharon. Mereka sama-sama menduduki Beirut.”)
Jelas mereka tak akan ragu barang seinci pun untuk terlibat aktif menghancurkan Hizbullah (dan Hamas). Mereka dan Israel sama-sama menganggap Hizbullah (dan Hamas) sebagai ancaman langsung bagi segala dominasi yang mereka nikmati selama ini. Negara-negara ini pula yang memperuncing konflik sektarian di Irak, lantaran mereka tak ingin Irak tumbuh sehat sebagai sekutu Iran-Suriah. Aliansi segitiga semacam itu jelas adalah kiamat bagi mereka.
Masalahnya tinggal mencari skenario paling tepat untuk menyeret Hizbullah dalam konflik sektarian. Dan tak ada skenario paling murah ketimbang menyuruh koalisi 14 Maret yang berkuasa di Lebanon untuk mengeluarkan sejumlah keputusan yang medelegitimasi Hizbullah dan membenturkannya dengan aparat hukum. Ketika Hizbullah sudah terpojok, milisi-milisi pro pemerintah akan turun ke jalan dan menyerang markas-markas Hizbullah. Ramuan kekacauan yang lezat.
Mengendus gelagat buruk itu, pimpinan Hizbullah berulang-ulang memperingatkan koalisi 14 Maret untuk tidak berkomplot memojokkan Hizbullah, apalagi mengutak-utik senjatanya. Nabih Berri, ketua parlemen yang dikenal dekat dengan semua kalangan, juga mempertegas peringatan Hizbullah dengan menambahkan bahwa upaya semacam itu akan membumi-hanguskan seantero Lebanon.
Tapi koalisi 14 Maret yang terdiri atas elit anti gerakan perlawanan justru bertekad maju bersama rencana AS dan Israel. Serangan atas Hizbullah pun terus meningkat. Sejak awal tahun kemarin, serangan dengan penyesatan opini publik tentang Hizbullah dimulai. Medio tahun yang sama, jajaran kadernya diagitasi di beberapa basis massa pro pemerintah. Aliran dana sumbangan untuk Hizbullah pun dipersulit. Kemudian awal tahun ini, provokasi terbesar terjadi: komandan militernya tewas terbunuh dalam bom mobil.
Walid Jumblat, pemimpin Partai Sosialis Progresif dan veteran perang sipil Lebanon yang terkenal dengan oportunisme politik, mengawali tahun ini dengan serangkain provokasi terhadap Hizbullah. Di tengah keadaan berkabung yang menyelimuti pimpinan Hizbullah, dia meminta pemerintah menyelidiki sejumlah kader partai itu atas tuduhan terlibat sejumlah pembunuhan politik.
Lalu, medio April tahun ini, politisi Perancis bernama Kareim Pakzad datang ke Lebanon atas undangan Jumblat. Beirut digemparkan oleh konferensi pers Pakzad dan Jumblat dua hari setelah itu. Pakzad mengaku telah “diculik” dan diinterogasi oleh orang-orang bersenjanta Hizbullah. Jumblat memanfaatkan insiden itu untuk kian membetot urat syaraf Hizbullah. Di hadapan ratusan wartawan internasional, Jumblat mengecam prosedur pengamanan Hizbullah yang berlebihan. “Cara pengamanan seperti itu bertentangan dengan hukum yang berlaku,” katanya. Jumblat pun meminta pemerintah memeriksa pelanggaran hukum seputar insiden ini.
Anggota pengamanan Hizbullah pantas menyekap Pakzad. Politisi Perancis itu ternyata memotret markas besar Hizbullah di kawasan Dahia. Sejumlah sumber malah mengatakan bahwa Pakzad mengambil gambar lorong yang berada beberapa puluh meter dari kediaman Sekjen Hizbullah, Hasan Nashrallah. Padahal, semua orang tahu, terutama Jumblat, bahwa wilayah Dahia yang menjadi pusat aktivitas Hizbullah bukanlah tempat plesiran. Kehadiran politisi pro Israel di Dahia sangat menyinggung Hizbullah.
Awal Mei ini serangan atas Hizbullah meningkat secara dramatis dan terarah. Setelah “kunjungan kerja” selama dua bulan di Arab Saudi, Saad Hariri langsung memuntahkan rentetan gempuran atas Hizbullah, dan Hasan Nashrullah secara pribadi. Al-Akhbar, salah satu koran terbesar Lebanon, mengutip sumber dari dalam koalisi 14 bahwa AS menjanjikan bantuan besar buat Hariri untuk membekuk Hizbullah. LA Times membeberkan informasi kerjasama AS-Arab Saudi untuk membentuk milisi Salafi yang mampu melawan Hizbullah dalam perang kota. Uang ratusan juta dolar dari Arab Saudi pun sudah digelontorkan tahun lalu untuk membangun milisi pro pemerintah di bawah kendali langsung Hariri.
Jika semua berjalan lancar, awal Juni tahun ini Hizbullah akan ditekan dari segala segi, dan diperosokkkan dalam konflik sektarian yang berlarut-larut dan menguras energi.
Sehari sebelum Roed-Larsen mengajukan laporannya pada tanggal 7 Mei, pemerintah Siniora-Hariri memutuskan untuk membongkar seluruh jaringan komunikasi Hizbullah dan menindak secara hukum semua orang yang terlibat dalam kasus ini. Nashrallah dalam konferensi persnya menyebut keputusan pemerintah ini sebagai upaya adu domba yang jelas. Tak hanya itu. Nashrallah menganggap keputusan itu sebagai deklarasi perang dan upaya membenturkan kader-kader Hizbullah dengan aparat keamanan. “Dan ini adalah sesuatu yang tidak akan kami diamkan.”
Nashrallah melanjutkan, “Komisi Winograd yang mengevaluasi sebab-sebab kekalahan Israel dalam perang 2006 membeberkan bahwa kekuatan utama Hizbullah adalah sistem komunikasi dan komandonya yang efektif. Saat tangan pemerintah Siniora mulai menyentuh senjata strategis kelompok perlawanan ini, kami sadar bahwa AS-Israel benar-benar telah mengendalikan kantor Siniora. Dan inilah persisnya yang tidak mungkin kami biarkan begitu saja berlaku.”
Tanggal 7 Mei malam, manakala Roed-Larsen mengulum lidah membaca laporannya di hadapan DK PBB, gerakan militer seperti sambaran petir merentang dari daerah Dahia menuju Beirut Barat yang berjarak 70-an kilometer. Blitzkrieg Hizbullah membuyarkan seluruh rencana serangan ribuan milisi Hariri dan Jumblat yang bersiap menyerbu Dahia bersama datangnya aparat penegak hukum untuk merusak pusat jaringan komunikasi Hizbullah.

Upaya untuk menyeret Hizbullah dalam sebuah konflik sektarian yang berlarut-larut dan membuatnya terlihat sebagai gerakan pembunuhan atas sekte tertentu pun gagal total. Jumlah korban yang sangat terbatas juga menyebabkan publik Sunni tak tertarik untuk membeli provokasi Hariri yang menggambarkan bahwa apa yang terjadi adalah sect cleansing.

“Seluruh rencana matang yang digodok selama tiga tahun itu pun berantakan dalam semalam,” ungkap Zeevi Aharon, mantan kepala operasi intelijen Israel kepada sebuah situs khusus intelijen Israel, Filkka. Hari esoknya, seluruh media Israel bersama-sama menyatakan keputusasaannya atas apa yang terjadi di Beirut.

Berbagai pernyataan pemimpin AS dan Israel secara beruntun menunjukkan betapa besar ruginya kekalahan pemerintah Siniora bagi proyek AS di Lebanon. The Independent memberi laporan utama dengan judul “Satu Lagi Kegagalan Bush di Timur Tengah”.

Hasil pertemuan Doha menunjukkan betapa hancurnya mental kubu anti Hizbullah. Dua poin yang diminta oleh oposisi yang dipimpin Hizbullah pun dikabulkan, sekalipun harus melalui babibu politik yang hanya untuk menutupi besarnya kekalahan musuh Hizbullah. Tongkat Nabi Musa yang dulu dipakai untuk membela bangsa Yahudi, kini bekerja untuk melawan zionis Israel yang mengira sebagai pengikut Nabi Musa. Benar-benar mukjizat Ilahi yang memukau nalar.

Nasihat Imam Khoimenei

Wahai sahabatku yang mengaku Muslim, dengarkan sabda Baginda Rasul berkenaan dengan seorang Muslim, “Orang Muslim adalah dia yang Muslim lain terbebas dari gangguan tangan dan lidahnya.” Mengapa kita—saya dan Anda—mengganggu, mengusik dan menyakiti orang yang derajatnya bawah kita, dengan berbagai cara? Mengapa kita tidak pernah jera berbuat aniaya terhadap mereka, bahkan merampas hak mereka tanpa dasar? Sampai-sampai, bila tangan kita sudah tidak dapat menjangkau mereka, kita melakukan gangguan terhadap mereka melalui lidah kita, dengan membongkar rahasia-rahasia dan menyingkap segala hal yang selama ini mereka sembunyikan, mengumpat di belakang mereka serta membuat tuduhan-tuduhan palsu terhadap mereka?


Semua ini berarti bahwa klaim keislaman kita—yang tidak pernah membuat saudara-saudara Muslim kita selamat dari gangguan tangan dan lidah kita—bertentangan dengan kenyataan hidup kita yang sebenarnya. Keadaan batin kita bertentangan dengan kenyataan lahiriah kita. Dan ini membuktikan bahwa kita termasuk golongan orang munafik dan bermuka dua.

Wahai jiwa penulis lembaran-lembaran yang hina ini, yang berpura-pura seakan-akan berpikir tentang cara keluar dari hari-hari gelap serta keselamatan dari kesengsaraannya! apabila kamu benar dan hatimu selaras dengan lidahmu, dan realitas batinmu cocok dengan penampilan lahiriahmu, maka mengapa engkau begitu lalai, hatimu begitu memburuk, dan nafsumu begitu kuat? Mengapa engkau tidak berpikir tentang perjalanan kematian yang sangat penuh dengan risiko?

Usiamu telah berlalu cepat, tetapi engkau belum melepaskan nafsu dan keinginanmu. Engkau telah menghabiskan hari-harimu untuk memuaskan hawa nafsu dalam kelalaian dan kesengsaraan. Saat kematianmu terus mendekat, sementara engkau masih terjerat dalam perilaku burukmu dan terbiasa dalam perbuatan tak senonohmu. Engkau adalah jiwamu, seorang pemberi nasihat yang tidak mengambil pelajaran dari nasihatnya sendiri. Engkau termasuk kaum munâfiqûn dan bermuka dua. Jika engkau terus menerus dalam keadaan tersebut, maka engkau akan di kumpulkan dengan dua lidah api dan dua wajah dari api.

Oh Tuhan, sadarkan kami dari serangan tidur pulas yang berlarut-larut ini, sadarkan kami kembali dari keaddaan mabuk dan kelalaian ini. Sinarilah hati kami dengan cahaya keimanan dan rahmatilah keadaan kami. Ulurkan tangan-Mu kepada kami, dan tolonglah kami supaya terlepas dari cakaran iblis dan hawa nafsu, demi hamba-hamba pilihan-Mu, Muhammad dan keluarganya yang suci, semoga shalawat Allah dilimpahkan atas mereka.[]

Hizbullah, Hamas, Syria(di bawah Assad) adalah anak didik iran



NASRALLAH muncul di khalayak ramai buat kali pertama sejak 2008.
Pergerakan Hizbullah tidak hirau perubahan berlaku di rantau Arab



BEIRUT: Pemimpin pergerakan Hizbullah, Hassan Nasrallah, semalam berikrar membekalkan lebih banyak senjata kepada anggotanya tanpa mengira perubahan yang berlaku di rantau itu, ketika muncul di khalayak ramai buat kali pertama sejak 2008.

Meraikan Hari Ashura, Nasrallah berucap kepada beratus ribu puak Syiah yang berkumpul di kubu kuatnya di pinggir Beirut selama beberapa minit sambil berjenaka: “Jangan pergi, saya akan kembali ke skrin,” sebelum dibawa pergi oleh pengawal peribadinya.
Dalam ucapan yang disiarkan di skrin besar sejurus selepas dia dibawa pergi, Nasrallah juga berikrar pergerakan Hizbullah yang disokong Iran itu akan terus diberi senjata tidak kira perubahan serantau yang berlaku, merujuk kepada negara jiran, Syria.

“Mesej kepada semua yang bersubahat menentang dan mahukan perubahan di dunia Arab, kami tidak akan meletak senjata. Semakin hari, kumpulan penentang mendapat lebih ramai pejuang, melatih mereka dengan lebih baik dan mendapat lebih banyak senjata berat. Semua senjata yang sudah berkarat diganti,” kata pemimpin Syiah itu.

Ramai pemerhati berkata, krisis Syria yang mengancam menjatuhkan sekutu Hizbullah, Presiden Bashar al-Assad, memberi tamparan kepada kumpulan itu.

Dianggap sebagai sasaran bagi seteru utamanya, Israel, Nasrallah muncul buat kali terakhir pada Julai 2008, pada hari pembebasan lima tahanan Lubnan oleh rejim Zionis itu.
Jumaat lalu, dia dirakamkan kamera berjalan ke arah pentas ketika penyokongnya bertolak untuk berada lebih dekat dengan pemimpin itu, yang dikawal ketat oleh kumpulan pengawal peribadi berpakaian serba hitam.



Nasrallah kelihatan tenang ketika berjalan menuju ke pentas dan bercakap beberapa minit sebelum dibawa pergi dari situ.

Pemimpin Syiah itu juga mengecam Amerika Syarikat, menuduh ia cuba memusnahkan Syria dalam usaha menonjolkan diri berikutan kekalahannya di Iraq.

“Golongan berlagak pandai dan hipokrit ini dikenali kerana menyokong semua kepemimpinan kuku besi yang sudah runtuh dan mengecam diktator sebaik mereka jatuh. Ini karektor syaitan,” katanya.

Nasrallah turut mengulangi pendirian untuk terus menyokong Assad dan mengecam Majlis Kebangsaan Syria, kumpulan pembangkang anti-Assad utama, kerana mensasarkan untuk memusnahkan Syria dan lebih rapat dengan Washington dan Israel.

“Majlis Kebangsaan Syria, dibentuk di Istanbul dan pemimpinnya, Burhan Ghalium, cuba menonjolkan diri kepada Amerika dan Israel,” katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Ghalium dipetik sebagai berkata Syria yang ditadbir kumpulan pembangkang utama itu akan memutuskan hubungan ketenteraan dengan Iran, Hizbullah dan Hamas. –AFP

link hizbullah :http://musakazhim.wordpress.com/2008/02/18/subhanallah-pentagon-hizbullah-berhasil-merevolusi-taktik-perang/

Rabu, 7 Disember 2011

Kesan krisis Euro: Malaysia dijangka paling minima terkena tempiasnya.

Posted on Wednesday, December 07 @ 01:44:18 PST by tokdalang

KUALA LUMPUR, Malaysia dijangka paling teruk menerima kesan ekoran krisis Euro yang sedang melanda Eropah sekarang, kata pakar ekonomi dari Nomura International hari ini.

Ketua Ekonomist untuk Asia Ex-Japan Nomura, Robert Subbaraman berkata, berbanding dengan negara Asia yang lain, Malaysia paling teruk kesannya kerana terlalu bergantung dengan komoditi di samping kewangan awamnya yang lemah.

Beliau menjangka, harga komoditi Malaysia dijangka jatuh teruk ekoran krisis ini dan ia akan memberikan kesan kepada ekonomi Malaysia keseluruhannya, lapor The Malaysian Insider.

Krisis Eurozone telah mengucarkacirkan Greece manakala Perdana Menteri Italy kehilangan jawatannya.

“Ekonomi Malaysia adalah yang paling teruk terkesan ekoran krisis ini, kerana berada dalam kumpulan ekonomi paling lemah," kata Subbaraman dalam sidang media hari ini.

Pakar ekonomomi Nomura untuk Asia Tenggara, Euben Paracuelles pula berkata, pembangunan ekonomi Malaysia untuk tiga suku pertama tahun ini banyak disebabkan oleh perbelanjaan kerajaan, tetapi kewangan awam pada dasarnya lemah dan dia bimbang ia akan berjaya dipertahankan.

Subbaraman juga berkata, Malaysia berada di tempat ketiga di Asia dalam konteks pendedahannya kepada tuntutan dari bank Eropah selepas Hong Kong dan Singapura.

Ini bermakna, asetnya akan mudah cair dan kering jika bank-bank Eropah ini mula bertindak kepada pelanggannya di daerah sini.

Harga komoditi Malaysia dijangka akan jatuh 15 peratus jika krisis ini menyerang Malaysia.

Antara komoditi yang terlibat adalah getah dan kelapa sawit yang selama ini menjadi hasil utama negara dan memberikan sumbangan besar kepada ramai rakyat negara ini.

Turut terkesan adalah badan seperti Felda yang selama ini menjadi sandaran kerajaan BN untuk mendapatkan wang belanja.

Jika harga kedua-dua komoditi ini jatuh, ia akan menyukarkan kerajaan Malaysia untuk memanggil pilihan raya ketika serangan ini berlangsung.

Sebelum ini, pakar ekonomi kerajaan menjangka ekonomi Malaysia akan melonjak ekoran jangkaan kenaikan harga getah dan minyak kelapa sawit di pasaran dunia.

Kini dengan jangkaan baru dari Nomura ini, akan menyebabkan jangkaan awal kerajaan boleh meleset.

Hasan Ali 'penyelamat' Selangor, kata Utusan ...penyelamat apa

Malaysia tanah airku


ni muka hasan ali.
1:56PM Dis 7, 2011
Orang yang mampu menyelamatkan Selangor dan menyatukan orang Melayu adalah ahli exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali. Demikian pendapat edoitor kanan, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan.

Sambil melabelkan Hasan sebagai seorang pejuang yang diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Zaini berkata hanya Hasan sahaja yang digeruni oleh kerajaan negeri Selangor yang dikuasai oleh DAP. Ini kerana beliau mempunyai pengaruh yang luas di kalangan pengikut PAS dan penjawat-penjawat awam Melayu.

Katanya, Hasan juga adalah ahli exco tunggal yang membela Datuk Khusrin Munawi daripada tentangan pelantikan ke jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan menyelamatkan akidah umat Islam daripada kumpulan evengelis Kristian.

“Ternyata beliau seorang pejuang. Beliau tidak gentar kehilangan kerusinya, jawatannya, kedudukannya demi maruah kesucian agama Islam dan keutuhan bangsa Melayu yang cuba dipecahbelahkan.”

Justeru, menurut Zaini dalam kolum 'Cuit', Hasan mempunyai kelebihan dan dipertaruhkan harapan untuk melakukan perubahan dengan menyatukan secara politik PAS dan Umno

“Kedua-dua faktor itu memberi kelebihan kepada Hasan untuk melakukan perubahan. Hasan berupaya melakukan perkahwinan itu demi menegakkan kesucian agama Islam dan keutuhan umat Melayu di Selangor,” tulisnya.

Sebagai bukti, sokongan sultan dan pengiktirafan kepada exco PAS itu, Zaini menyentuh mengenai spekulasi bahawa Hasan akan dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor pada Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor, minggu depan

“Tapi mengapa DYMM Tuanku berkenan dengan Hasan? Dari sudut hati kecil Tuanku, mungkin baginda mahu Selangor diselamatkankah?

“Mungkinkah baginda juga menaruh harapan yang tinggi terhadap keupayaan Hasan? Jika itu benar, banyak signifikan yang dapat dirungkaikan,” katanya lagi.

apabila berpihak pada umno, pejuang tulen lah..
klau duk kt pembangkang plak di gelarnya PENGKIANAT NEGARA!

Bukan urusan ku

Ketika pemimpin turki menghantar satu surat kepada shyekul islam turki mengapa kita umat islam semakin teruk kita sering gagal dalam peperangan sedangkan kehidupan kita.



sapa yang tak perduli dengan urusan orang islam dia bukan sebahgian daripadaku.

kata saidina ali siapa saja yang hanya memikir apa saja yang masuk ke dalam perutnya, maka nilai orang itu sama seperti apa yang keluar dari perutnya.

Manusia tidak mementingkan Allah.

untuk apa aku membentang semua ini. membentang keburukan orang. untuk apa aku mencaci cerca. untuk apa aku perlu mendengar rayuan gombal. untuk apa aku perlu mendengar pesanan manusia yang asyik memikir kemewahan dunia. asyik mementingkan dirinya. untuk apa aku menjadi penolong kepada pemimpin yang tamak harta dunia.
Sebaik-baik jihad ialah menyampaikan dakwah dihadapan pemimpin yang zalim.
Zalimkah aku? kata sang pemimpin.

Selasa, 6 Disember 2011

UMNO terdesak atau tersedak


Perhimpunan Agung UMNO yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sekarang dikatakan yang terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 yang diramal diadakan sebelum sambutan tahun baru Cina.

Namun demikian, kita percaya bukan semua ahli yang secara jujur dan ikhlas menyokong apa yang dinyatakan oleh presiden parti, terutamanya mereka yang bercita-cita dan mengharapkan untuk dipilih sebagai calon.

Presiden dan timbalan presiden UMNO mengakui bahawa pilihan raya umum ke-13 bukanlah sesuatu yang mudah dan disifatkan oleh orang nombor dua dalam parti itu sebagai 'ibu segala pilihan raya'. Ini bermakna UMNO sedar bahawa bukan senang bagi parti itu dan rakan-rakan kongsinya dalam Barisan Nasional (BN) untuk menang.

Persoalannya, mahukah kepimpinan peringkat bahagian menerima calon berkenaan kerana selama ini, UMNO mengamalkan cara pemilihan calon yang bersandarkan kepada kepimpinan peringkat bahagian. Inilah cabaran yang mesti dilalui oleh parti kerana ia bukan sesuatu yang mudah.

UMNO sendiri sedar bahawa parti itu mesti meletakkan calon yang boleh menang, iaitu calon yang boleh diterima oleh rakyat dan ia tidak semestinya calon yang dipilih dari kalngan pemimpin peringkat bahagian. Calon yang boleh menang mungkin berada di luar bahagian berkenaan atau ahli biasa yang tidak menetap di kawasan yang ditandinginya.
Setelah berakhirnya perhimpunan agung UMNO, orang kebanyakan terutama 'orang UMNO' masih memperkatakan mengenai pilihan raya umum ke-13 dan soal 'calon boleh menang' yang seharusnya diutamakan oleh parti.

Soal sama ada bila PRU-13 akan didakan bukan menjadi tajuk perbincangan utama tetapi soal calon parti yang boleh menang atau berdaya menang.

Bermacam andaian dan pendapat dibuat oleh sama ada pemerhati politik dari dunia akademik yang tidak semestinya pakar dan pengamat tidak profesional di warung-warung kopi dan gerai rakyat bawahan yang tidak pernah atau amat jarang menjejak kaki ke "Coffee House" hotel berbintang-bintang yang sering dijadikan tempat melepak 'orang UMNO' bergelar, berjawatan dan berpangkat.

Apa yang menarik perhatian saya ialah kenyataan pengerusi badan perhubungan UMNO Kelantan yang juga mantan menteri kabinet, Tan Sri Anuar Musa yang saya dapati jauh lebih tepat dan kena dengan keberadaan politik semasa.

Anuar berpendapat bahawa soal calon boleh menang tidak dapat menjamin atau gerenti boleh menang sekiranya parti, iaitu UMNO, tidak diterima dan tidak boleh menang. Oleh itu, yang lebih penting ialah soal parti boleh menang, bukan calon boleh menang.

UMNO sepatutnya meninjau suasana dan penerimaan rakyat akar umbi sama ada mereka menerima kehadiran parti itu atau tidak, UMNO harus sedar bahawa bukan semua orang Melayu adalah 'orang UMNO" dan bukan semua 'orang UMNO' akan mengundi calon UMNO atas sebab-sebab tertentu termasuk soal calon.

UMNO juga harus sedar bahawa rakan-rakan kongsinya dalam Baisan Nasional, MCA, MIC dan Gerakan, belum tentu dapat menarik sokongan pengundi Cina dan India untuk menyokong calon BN dari UMNO. UMNO mesti sedar bahawa ia amat memerlukan sokongan pengundi bukan Melayu untuk menang dan inilah salah satu fakta yang perlu ditangani segera jika parti itu ingin menang.

Jika dilihat pada senarai wakil rakyat UMNO yang berkhidmat sekarang, saya berani menyatakan bahawa lebih separuh daripada mereka bukan calon yang berdaya menang termasuk sebilangan besar anggota Kabinet.

Oleh itu, UMNO mesti serius mencari calon-calon 'muka baru' yang tidak semestinya dari kalangan 'orang muda' dari sama ada Pemuda atau Putri UMNO. Calon 'muka baru' berada di mana-mana sahaja termasuk di kalangan pengkhidmat awam, sektor korporat dan golongan profesional yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Beranikah UMNO memilih mereka untuk bertanding pada PRU-13 dan mahukah 'orang UMNO' yang menerajui bahagian-bahagian parti menerimanya?

Budaya UMNO selama ini yang mengutamakan calon dari kalangan pemimpin peringkat bahagian - sama ada ketua, timbalan ketua, naib ketua, setiausaha, ketua penerangan, bendahari dan AJK - mesti diubah dan pemilihan calon seharusnya dibuat secara menyeluruh. Calon tidak semestinya menjadi ahli di bahagian berkenaan tetapi anak tempatan yang bermastautin di tempat lain. Sebagai contoh, calon yang dipilih untuk bertanding di Titiwangsa mungkin anak Kampung Baru yang menetap di Johor. Yang penting calon itu diterima dan boleh menang, asalkan UMNO boleh menang.

Masalah yang lazim menghantui UMNO ialah kepimpinan bahagian berkenaan yang terlalu mengidam untuk menjadi calon tetapi apabila tidak dipilih, dia enggan bekerjasama atau memberi sokongan sepenuhnya kepada calon yang dipilih.

Dalam hubungan ini, kenyataan Anuar Musa bahawa yang penting ialah parti boleh menang, bukan calon boleh menang mesti diutamakan. Jika parti boleh menang, soal calon tidak menjadi masalah tetapi jika calon dikatakan boleh menang tetapi parti ditolak rakyat, maka ia adalah satu masalah besar.

Seperti yang disebut oleh mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad, mereka yang sudah lama menjadi wakil rakyat mesti undur untuk memberi peluang kepada muka baru yang boleh menang dan saya ingin menambah mereka yang menjadi 'beban' kepada parti seharusnya sedar dan undur.

Contoh yang dapat saya berikan ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dia kini lebih merupakan 'beban' kepada UMNO dan dia harus sedar akan keadaan itu dan tidak semata-mata 'menyerah' kedudukannya kepada presiden parti untuk membuat keputusan. Mentimun dan pisau berada di tangan Shahrizat, bukan di tangan orang lain.

Isu ladang ternakan negara yang dikatakan bakal memberi sumbangan besar kepada industri makanan, National Feedlot Corporation [NFC] yang diketuai oleh suami Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, memasuki fasa siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan [CCID].

Isu NFC bangkit ekoran laporan Ketua Audit Negara yang kurang berpuas hati dengan perjalanan dan pencapaiannya yang disifatkan oleh Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail sebagai kurang tepat.

Yang menarik perhatian seperti yang dibangkitkan oleh Parti Keadilan Rakyat dan PAS ialah pembelian dua buah unit kondo lampau mewah di Bangsar, yang diberi nama One Menerung, pada harga RM6.9 juta seunit [PKR kata RM9.8 juta].

NFC yang diberi pinjaman mudah RM250 juta oleh Kerajaan Persekutuan semasa ditadbir oleh Tun Abdullah Ahmad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian, untuk membangun dan memajukan industri ladang ternakan lembu, sebenarnya tiada kepakaran untuk mengusahakannya.

Dr Salleh mungkin berjaya dalam membangun dan memajukan Taman Teknologi Malaysia atau TPM yang diterajuinya selama 18 tahun, tetapi tiada kepakaran dalam industri ternakan atau perladangan ternakan. Itu yang jelas. Oleh itu, banyak yang hairan bagaimana seorang yang tiada kepakaran atau pengalaman boleh diberi kepercayaan untuk mengusahakan sebuah ladang ternakan seluas 607 hektar di Gemas, Negeri Sembilan.

Tetapi, apa yang menarik perhatian umum ialah pembelian dua buah kondo lampau mewah di Bangsar yang disifat oleh Dr Salleh sebagai satu pelaburan yang baik untuk NFC walaupun ia melibatkan pelaburan RM13.8 juta daripada wang pinjaman RM250 juta yang diamanahkan oleh kerajaan.

Dr Salleh berkata pembelian dua buah kondo itu akan memberi pulangan lebih baik berbanding dengan jika wang tersebut disimpan dalam akaun simpanan tetap.

Beliau berhujah andai kata RM13.8 juta dimasuk dalam deposit tetap atau simpanan tetap bank pada kadar faedah 2.7 peratus setahun, NFC akan mendapat pulangan RM379,000 manakala pulangan daripada sewaan dua unit kondo mewah itu sebanyak RM360,000 setahun. Media melaporkan Dr Salleh sebagai berkata sewaan bulanan yang diperolehi adalah RM30,000 sebulan.

Tetapi, apabila penilai/pentaksir harta profesional menolak nilai sewaan yang disebut itu kerana menurut mereka, nilai paling tinggi yang boleh dicapai tidak melebihi RM24,000 dan mustahil untuk mencapai RM30,000 sebulan, Dr Salleh lantas menyatakan yang dia disalah petik oleh sesetengah media. Katanya, sewaan yang diterima ialah RM18,000 dan RM17,000 sebulan untuk dua unit kondo berkenaan.

Beliau juga menjelaskan bahawa kondo berkenaan dibeli dengan mendapat diskaun 20 peratus dan pembelian tersebut adalah satu urus niaga yang baik untuk NFC.

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang meneliti isu NFC mendapati ia tiada kaitan dengan undang-undang di bawah SPRM tetapi ada kaitan dengan Kanun Keseksaan dan oleh itu menyerah kes tersebut kepada PDRM. Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan PDRM sedang menyiasat dan kita tunggu apa keputusannya.


Dalam pada itu, Muhyiddin dan Pak Lah, menolak desakan pembangkang dan beberapa NGO supaya Shahrizat, suami Dr Salleh melepaskan jawatan Kabinetnya. Mereka berkata Shahrizat tiada kaitan dengan pemberian pinjaman RM250 juta kepada NFC yang dikuasai oleh suami dan keluarganya.


Kepada 'orang UMNO' yang berada dalam kedudukan sedemikian, mereka harus sedar bahawa hari sudah terang dan mereka tidak perlu lagi bersuluh.

Contohi selangor

Wajar juga disebut beberapa kemudahan buat rakyat, antara lain, pemberian air percuma 20 meter padu, iaitu RM11.40 sebulan atau RM136.80 setahun, membabitkan lebih 1.2 juta isi rumah atau sekitar lima juta penduduk Selangor. Juga program pendidikan seperti Pusat Tuisyen Rakyat (RM2 juta), program SPIES (RM3 juta) dan Generasi Idaman Selangor (RM1 juta), dan Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang (RM1 juta).

Sumbangan buat warga emas melalui Jom Shopping sebanyak RM10 juta sebelum ini yang disumbangkan Kumpulan Semesta dijangka akan bertambah selari dengan peningkatan royalti perlombongan pasir. Dalam bajet 2012 itu diumumkan peruntukan untuk program Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) sebanyak RM7.5 juta; Hadiah Anak Masuk Universiti, RM7.7 juta; Skim Mesra Usia Emas (SMUE), RM20.7 juta; Elaun Anak ke Nurseri, RM3 juta.

Ahad, 4 Disember 2011

S U R A U K I N I: Teknologi 3D di dinding rumah

S U R A U K I N I: Teknologi 3D di dinding rumah: Macam - macam cara manusia mencari idea untuk menghiburkan orang. Video ini menunjukkan bagaimana teknologi 3D digunakan untuk menghiburka ...

Bekalan akhirat

Cara mudah mencari muka surat dalam al-Quran.


Sambil - sambil bertadarus malam ini, molek la anda cuba formula baru ini. :)

Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kepada kita semua umatnya. Ada 2 benda yang Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah. Pahala paling senang nak dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al-Quran adalah kalam Allah bukan diciptakan manusia

Tip yang nak kongsikan ni adalah cara untuk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat mengetahui muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18. Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, sungguh menakjubkan.
sumber

UzairOthman.com : Banjir di Kajang 2011 (Pasar Kajang)

Perubahan



menunggu perubahan UMNO atau rakyat akan mengubah UMNO

banjir di kajang pada 2 hb nov 2011 hari jumaat selepas solat jumaat yang menengelamkan kajang. banjir surut selepas jam 5 petang terutama di kawasan metro inn kajang.