Selasa, 1 Mei 2018

Tiba-tiba PRU14

Dari satu berita kesatu berita aku baca, Aku hadam satu persatu. Mata mulai ngantuk. Cepat membosankan bila baca subjek melayu, yang tak ada kualiti, mental lemah, tidak seperti ungku Omar. Orang muda yang sangat hebat pencapaian peribadi dari segi akademik dan kerjayanya. Aku baru baca sejarahnya. Aku hadam. Paham kesah anak melayu yang hebat ini. DATO' DR. UNGKU UMAR BIN UNGKU AHMAD TOKOH: Ungku Umar bin Ungku Ahmad, Dato’Dr. TARIKH/TEMPAT LAHIR: 18 Januari 1931, di Johor, Bahru, Johor. PENDIDIKAN : (Awal) Sekolah Melayu Kluang, Segamat, Pontian dan Tangkak. Kemudian ke Sekolah Inggeris Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Perak. (Terakhir). Universiti Malaya, Singapura, dan lulus ijazah MBBS, 1957. Royal College of Physician London serta Royal College of Surgeons England. Beliau lulus peringkat Diploma dalam bidang Patalogi, 1962. Lulus Ph.D dalam bidang Clinial Chemistry di institusi yang sama, 1965 KERJAYA: (1). Pegawai Perubatan dan Penyelidikan di Pusat Penyeldikan Perubatan kuala Lumpur. (2). Pendaftar di Jabatan Pathology, Royal Free Hospital, School of Medicine, London, 1962. .(3). Pengarah Pusat Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur, 1965. PENCAPAIAN: (1). Anak Melayu pertama yang dilantik sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Pertama Kuala Lumpur (2) Ketika keadaan kesihatan rakyat, terutama di luar bandar masih belum terbela beliau mengunjungi kampung-kampung untuk memberikan ceramah dan bimbingan kepada penduduk tentang kesihatan, terutama sakit malaria. (4). Banyak kali mewakili Malaysia dalam persidangan Perubatan antarabangsa dan memberi sumbangan dalam bentuk ceramah dan pidato umum di Australia, Indonesia, Amerika Syarikat, Filipina, China dan Singapura. Ceramah dan pidatonya berkisar tentang peri pentingnya hasil penyelidikan perubatan disebarluaskan untuk menjaga kesihatan rakyat. Kebanyakan persidangan ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Lembaga Penyelarasan Kerjasama Serantau Dalam Perubatan Tropika (SEAMES). Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

Rabu, 20 April 2016

aku lapar

entah betul entah tidak aku dah lama tak dengar kentut sendiri, mungkin ini disebabkan faktor aku udah lama tak makan atau aku sedang menghadapi masalah kesihatan

Isnin, 21 September 2015

Hari Sudah Jauh Malam

Entah apa nasib aku hari ini. aku hanya mampu baring diatas katil. semalam aku penat ronda dari satu kedai ke satu kedai. cari kerja. Kerja ada buruh kasar.gaji kecil. kalau berulang dari rumah. aku cuma dapat ciput aje duit gaji. ertinya cuma kerja hanya jadi hamba orang....apa kerjaan ni....apa yang dia or ang buat. bila nak tolong orang macam aku. taunya songlap duit. aku cuma dapat air liur basi. cuma dapat janji. lu orang memang sial la.

Aku sangsi dengan Pemimpin Sial

Aku bukan peminat politik.jauh sekali nak ambil tau. Tapi sejak akhir akhir ini bila lama sangat tak ada kerja aku mula bosan. aku jadi cepat sensitif. Mak bapak aku mula membebel.bingit telinga aku. nak kerja apa dengan ijazah aku.Ijazah. Pemimpin semua tak guna. semua nak hidup sendiri. Menang politik kerana nak baham duit rakyat. nawaitu kebanyakan pemimpin memang macam sial. cakap nak mengembangkan prasarana. nak bantu mahasiswa bila aku pohon kerja dah macam sial.

selepas bergelar Mahasiswa tolak abuk

apatidaknya masuk hari ini dah dua tahun aku menganggur. tak ada kerja tetap yang boleh kugalas. dari satu stesen minyak ke satu stesen minyak. sekejap aku join kawan jual burger, asyik diperambat majlis dan orang pun jarang singgah. akhirnya aku pilih kerjaya stesen minyak. gaji RM 700 tolak duit motor dan makan entah berapa hinggit yg tinggal. nak idup pun susah. gamaknya bila aku nak ada duit yang cukup. nak kahwin. nak ada rumah. entah jauh panggang dari api.

Penggangur

Aku tak mampu nak bertindak lagi. segala yang aku lakukan seperti tolak abuk. buat itu salah buat ini salah. keluarga ku sendiri tak mampu nak support aku. nak beli alatan buat kereta tolak tersadai dengan segala idea aku di tepi rumah. lama lama alatan itu berkarat. ideaku mati. aku cari kerja mudah menjadi attandan pump minyak berebut kerja dengan budak budak lepasan spm dan pmr yang tak lulus nasib ku sama macam dia orang kerana sesuap nasi.