Isnin, 21 September 2015

selepas bergelar Mahasiswa tolak abuk

apatidaknya masuk hari ini dah dua tahun aku menganggur. tak ada kerja tetap yang boleh kugalas. dari satu stesen minyak ke satu stesen minyak. sekejap aku join kawan jual burger, asyik diperambat majlis dan orang pun jarang singgah. akhirnya aku pilih kerjaya stesen minyak. gaji RM 700 tolak duit motor dan makan entah berapa hinggit yg tinggal. nak idup pun susah. gamaknya bila aku nak ada duit yang cukup. nak kahwin. nak ada rumah. entah jauh panggang dari api.

Tiada ulasan: