Khamis, 8 Disember 2011

Tentang UMNO

Kajian UIA Tidak Menggambarkan Populariti UBN
November 20, 2011
macam mana uia buat kajian orang ini tanya lain dan orang itu tanya lain…kajian itu tak valid. sebab aku pernah buat kajian kalau skop kajian mesti sama apa yang ditanya si A mesti sama dengan apa yang nak ditanya si B…ini kajian terbaru ke wahai UIA.
Posted by admin | Saturday, November 19, 2011




SATU kajian dijalan oleh Unit Kajian Media dan Pilihan Raya UIAM menunjukkan populariti Haji Najib Razak mantap dan mengatasi populariti tiga tokoh politik semasa lain; Nik Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim dan Lim Gua Eng. Kajian itu mengambil 1,500 sampel yang dilakukan sejak 2009.

Kajian itu menyebut populariti Najib yang sedikit merosot sebelum naik hingga 63%.

Saya bersetuju kalau populariti Najib naik mendadak dan meninggalkan tiga tokoh lain. Walaupun ia boleh dipertikaikan dari sudut kebenaran tetapi ada kebenarannya dengan kajian itu. Pihak yang tidak suka Najib tidak perlu menidakkan dapatan kajian itu.

Sebaliknya apa yang kena faham kajian itu hanya menumpukan kepada keperibadian Najib sebagai perdana menteri. Beberapa soalan yang mungkin diajukan kepada sampel ialah tentang stail Haji Najib dan juga pendekatannya dengan rakyat. Kajian itu tidak menyetuh soal permasalahan di sekitar diri Najib misalnya ‘damage’ yang disebabkan isterinya.

Apa yang ditanyai ialah soalan positif dan tentu mengelak soalan-soalan negatif berhubung dengan kelemahan fata Najib. Kalau soalan negatif ditanya atau pun soalan kajian itu bebas, sukar untuk meletakkan Najib lebih popular dari tokoh lain.

Manakala soalan yang diajukan mengenai tiga tokoh pembangkang, Nik Aziz, Anwar dan Guan Eng itu tentu soalan negatif yang disekitar apa yang didedahkan oleh media massa khsusnya media massa penjilat buntut kerajaan UBN.

Kalau sample menjadi atau memberi pandangan negtif mengenai ketiga-tiga tokoh itu ia juga tidak ganjil kerana media massa arus perdana sudah melanyak dan mengutuk mereka semahunya. Tentu sampel itu menjawab pertanyaan itu dengan pengaruh media massa. Dalam kata lain kajian itu dibuat secara endorcement.

Bagi saya kajian itu tidak sedikit pun perlu dibimbangi oleh para pendokong Pakatan Rakyat. Populariti Najib tidak banyak mempengaruhi keputusan pilihan raya ke 13 nanti. Harus disedari antara diri Najib dengan kerajaan yang dipimpinnya kini – UBN, dua hal berbeza.

Najib adalah sebagai peribadi mungkin cara dan pendekatannya yang turun pandang telah menyentuh perasaan rakyat. Bila Haji Najib minum kopi dengan rakyat di warung, ataupun membuat lawatan ke setesen bas dan teksi rakyat tertarik dengannya. Rakyat memang suka sikap dan juga pendekatan demikian kalaupun itu hanya sandiwara atau pun sikap yang sengaja diubah untuk kepentingan pilihan raya.

Kenapa saya kata begitu sebab mengunjungi orang kampung bukan perangai Najib. Najib jadi wakil rakyat bukan selepas beliau jadi perdana menteri, tetapi sejak tahun 1976 lagi. Orang Pekan mengetahui akan sejauh mana kepedulian Najib ini, kalau tidak Najib tidak pernah menang dengan nyawa ikan pada tahun 1999.

Populariti diri Najib belum tentu untuk mengatakan rakyat suka kepada parti yang dipimpinnya UBN. UBN telah terlalu lama dan membosankan rakyat. Berbagai penyakit yang menimpa UBN yang dilakukan oleh pemimpinnnya menyebabkan rakyat berfikir dua kali untuk terus memberi sokongan. Rakyat terutamanya yang ada otak akan membezakan di antara diri Najib dengan kerajaannya.

Isu-isu seperti lembu gemuk membabitkan Sharizat Jalil, menteri yang ke Makkah menaiki jet kawannya, dan sebagainya tetap menjadi persoalan rakyat. Isu itu akan dapat mengambus kemesraan Najib dengan rakyat.

Saya percaya Najib sendiri tahu apakah natijah kepada dapatan kajian itu. Najib sendiri tidak muda teruja dan terpesona dengan dapatan itu mengatakan dia popular. Kepopulariti beliau belum tentu dapat menjadikan parti UBN popular di kalangan rakyat.

Kesimpulan kajian UIA itu tidak lebih untuk menyedapkan Najib sahaja, tetapi hakikatnya amat pahit untuk diterima. Mungkin untuk media massa ia adalah berita yang sangat bernilai tetapi kepada UBN dan Najib sendiri sebaliknya. Kajian itu menjadikan Najib semakin cemas dan boleh memberi keburukan kepada dirinya sendiri.

http://msomelayu.blogspot.com

Posted in Uncategorized | Edit | Leave a Comment »

Matinya bangsa melayu di Malaysia hidupnya islam di nusantara
November 20, 2011
PERHIMPUNAN Agung Umno akan diadakan penghujung bulan ini dan Pilihan Raya Umum mungkin menyusul tidak lama selepas itu.

Tetapi, orang kedua paling berpengaruh dalam politik Malaysia – mengikut kaji selidik terbaru Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – Tun Dr Mahathir Mohamad berkata – sehingga kini UMNO masih belum lagi giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat, terutamanya orang Melayu.

Bukan alang kepalang punya kata. Bukan cakap di kedai kopi atau dalam blog sendiri, tetapi kepada akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia.

Dalam temu ramah panjang lebar dengan akhbar itu, Dr Mahathir, antara lain berkata:

1. Undi bukan Melayu, khasnya undi Cina, hanyalah undi tambahan. Undi Melayu perlu diperoleh dengan cukup banyak kalau tidak Umno/Barisan Nasional tidak boleh menang;

2. Beliau tidak nampak UMNO sedang giat berusaha untuk mendapat sokongan daripada rakyat. Biasanya, hampir waktu pilihan raya banyak aktiviti diadakan bagi memberi kefahaman mengenai perjuangan Umno. Inilah gambaran yang beliau peroleh;

3. Dahulu Umno kuat. Tidak ada orang yang meninggalkan parti, tetapi sekarang Umno perlu memenangi semula hati mereka yang telah meninggalkan parti;

4. BN/Umno menang PRU lalu dengan kelebihan suara yang kecil. Jadi, kalau ada ahli yang keluar, walaupun 200 atau 300, itu sudah cukup besar. Kalau 100 orang lari, Umno kena cari balik 200 orang. Kalau tidak mendapat dua kali ganda lebih ramai daripada yang telah meninggalkan UMNO, agak susah bagi parti itu untuk dapat kemenangan;

5. Ramai orang Melayu beralih kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana kecewa dengan Umno. Dulu mereka percaya UMNO akan memperjuangkan nasib mereka. Sekarang ini, mereka tidak nampak Umno memperjuangkan nasib orang Melayu. NGO tidak boleh buat apa-apa, tetapi kerana mereka mempunyai ahli dan ahli mereka tidak mengundi UMNO/BN, maka kesan kehadiran mereka kepada politik negara adalah besar;

6. Pemimpin Unmo kena tahu mengapa ramai orang Melayu beralih kepada NGO. Ada NGO Melayu, contohnya Perkasa, yang hendak sokong UMNO, tetapi kerana terdapat isu-isu orang Melayu yang tidak dimainkan UMNO, maka Perkasa terpaksa diambil alih;

7. UMNO harus ambil tahu dan tidak boleh melihat Perkasa sebagai musuh. Umno tidak boleh mempunyai banyak musuh dalam keadaan sekarang. Orang yang hendak menjadi musuh Umno pun patut pertahankan dan ambil tahu apa masalahnya;

8. Umno boleh jaga kepentingan orang bukan Melayu tanpa membelakangkan kepentingan orang Melayu. Umno harus bagi penjelasan sebab-sebab ia membuat sesuatu tindakan. Umpamanya, tempat-tempat di universiti Kerajaan Umno ambil tahu tetapi Umno tidak ambil tahu tempat-tempat di universiti swasta. Apakah orang Melayu begitu ramai di universiti swasta? Jika orang Melayu semakin kurang di universiti awam dan tidak ramai di universiti swasta, maknanya mereka semakin hilang tempat;

9. Pintu Umno semakin sempit. Masa beliau menerajui Umno, tidak banyak masalah kerana UMNO kukuh dan perwakilan memilih memimpin yang berpengalaman. Tetapi sejak beberapa tahun ini, orang yang ada kelulusan tinggi tidak diterima masuk ke dalam UMNO, sebab itu ramai masuk Pas. Jadi, di kalangan pemimpin UMNO tidak ada banyak orang yang berkaliber, tambahan lagi mereka dikaitkan pula dengan rasuah seperti menggunakan duit masa bertanding Ahli Majlis Tertinggi; dan

10. Umno rosak dengan teruk apabila Tun Abdullah Badawi mengambil alih. Ini kerana beliau mengutamakan keluarganya dan macam-macam lagi tuduhan rasuah. Orang tahu tentang penglibatan menantunya. Sekarang ini Umno yang rosak ini diwarisi oleh Datuk Seri Mohd Najib. Umno memerlukan banyak masa untuk diperkuatkan semula, tetapi Mohd Najib sibuk dan tidak mempunyai masa yang cukup. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lain pula belum ada kredibiliti dan masih baru.

Saya yakin ramai pembesar Umno tidak akan senang hati dengan analisis Dr Mahathir itu, apatah lagi kerana mereka sendiri telah beria-ia menguar-uarkan pemulihan Umno.

Tetapi kalau mereka menyanggah kenyataan beliau, apatah lagi memarahi beliau, mereka akan menderita tindak balas yang negatif.

Walaupun Dr Mahathir telah bersara lapan tahun dan pelbagai percubaan dibuat untuk meminggir dan menutup mulut beliau, termasuk oleh Umno sendiri, namun beliau masih disanjung dan diyakini oleh ramai orang Melayu dan rakyat Malaysia, termasuk generasi muda.

Jadi Umno kenalah telan ubat pahit yang doktor politik itu berikan, kalau tidak maladi Umno mungkin lebih teruk.

Untuk temu ramah penuh, cuba layari

Tiada ulasan: