Jika anda Melayu dan merasakan yang anda setulen-tulennya Melayu, fikir sekali lagi. Mengikut satu kajian oleh ahli genetik USM Prof Zilfalil Alwi, Melayu moden kini adalah gabungan berbagai-bagai bangsa.
ASAL USUL MELAYU
Kajian beliau bertajuk "Asal Usul Melayu Berdasarkan Fakta Genetik" (Tracing the Origins of the Malays by Analysing Genetic Data) ini dibentangkan di Seminar Sejarah Borneo kali ke-2 bertempat d Pusat Konvensyen Antarabangsa. Kajian beliau selama tiga tahun ini melibatkan sukarelawan seramai 50,000 orang.
Subjek kajian dikategorikan kepada lima kumpulan sub-etnik Melayu iaitu Bugis, Jawa, Minang, Kedah dan Kelantan.
Kajian ini dibawakan oleh Blackberry
Dan berdasarkan kajian dari sampel darah mendapati orang Melayu dalam sub-etnik tersebut mempunyai unsur-unsur genetik DNA dari Melayu Proto ( orang asli ), Semang dan India, dengan sekurang-kurangnya 20 peratus DNA Melayu dan 52 peratus China.
Ini membuktikan bahwa kumpulan Melayu ini datangnya dari Austronesia di Yunnan, China dengan migrasi dari Austronesia ke Asia Tenggara berlaku pada 25,000 BC dan kali kedua pada 1,500 BC.
Prof Zilfalil menambah bahawa bahasa Melayu yang digunakan oleh Melayu Semenanjung, Sabah dan Sarawak juga berasal dari kumpulan Austronesia.
Beliau juga secara teorinya menyatakan bahawa kumpulan Melayu terawal adalah datangnya dari sami India yang datang menyebarkan agama Hindu di Semenanjung.
Beliau juga membuat kesimpulan bahawa Kelantan merupakan pusat kebudayaan Melayu ( Cradle of Malay Culture)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan