Profil Penulis
Ahmad Rithauddin atau lebih dikenali dengan pangilan "SPIRITS" Telah melibatkan diri dalam bidang Multimedia/grafik bermula pada tahun 1996. Telah menghasilan 3D Building VR Worktru serta kesan khas untuk proiduction House di Malaysia. Selain itu juga beliau kini seorang Principal/Professional Wedding Photographer untuk EXTRUMEDIA.
Kesan Khas Pada Titisan Hujan
Setelah mempelajari cara membuat Titisan hujan menggunakan Brush tool… kali ini anda akan mempelajari cara kedua bagaimana hendak membuat kesan khas seperti hujan lebat pada gambar yg di ambil, Jom kita mulakan.
Kita mulakan dengan Paint kan hujan pada gambar
Download gambar yg diberi dan savekan sebagai nama yg senang diingat. Ikut langkah seterusnya… dan untuk mendapatkan keadaan yg sebenar atau real, Anda perlu beka dgn keadaan sekeliling gambar tersebut. Perlu diingat Layers, Eraser tool, Normal Brush Tool dan jugak Brush hujan berlainan dilakukan untuk menampakkan ianya seakan real, Jom kita mulakan.
1. Click pada Original File ini… dan anda akan di paparkan dgn gambar sebenar. Apa yg perlu anda lakukan click mouse kanan pilih save picture as… sebagai nama yg senang diingat.
2. Add layer baru dan tukarkan Normal ke Soft Light bersebelahan Opacity, pastikan Brush size dalam 10px kemudia Click mouse kiri untuk Paintkan dari kiri ke kanan dengan pelahan.
3. Pilih Eraser Tool untuk padam kawasan yg wajib sahaja.
4. Add layer kedua… kali ini kita cuba kawal hujan dalam posisi berbeza… Paint hujan kemudian tekan papan kekunci (Ctrl + T) dan Rotate ke -15°.
5. Paintkan bahagian batu serta bahagian belakang pasagan… dengan menggunakan Brush Hujan_Normal.
Membuat panjutan hujan pada Payung
1. Pilih Brush Hujan_Normal kemudian tekan (F5) untuk Brush Presets… di Shape Dynamics pastikan Angle Jitter 75% kemudia savekan Brush dgn nama baru.
2. Add New layer… kali ni paint kawasan atas payung dibahagian belakang… seterusnya Add new layer lagi untuk paintkan kali kedua di tempat yg sama.
Membuat kesan khas pada permukaan Batu, Payung, Tiang, Sungai dan Pokok
1. Paint kawasan batu dan sedikit di bahagian payung… dgn size brush 6px, lakukan seperti gambar di bawah. Kemudian pilih Soft Light dan Opacity: 58
2. Paint bahagian payung sahaja… untuk kesan khas ini pulak saya menggunakan cara lain agar ianya nampak lagi menarik. Setelah paint bahagian atas payung, pilih (Filter> Blur> Gaussion Blur) dan setkan Radius: 7.0 Pixels
3. Add new layer dan lakukan pada permukaan batu, tiang dan di kawasan belakang … pilih (Filter> Blur> Gaussion Blur) dan setkan Radius: 7.0 Pixels dan pada layer Opacity 77%
4. Add new layer lagi kali ni untuk kawasan Sungai dan lakukan sama seperti yg di lakukan tadi… cuma Opacity 45%
5. Add new layer untuk terakhir sekali… untuk kawasan pokok. Kali ni opacity 35%
Selamat Mencuba… sekian wassalam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan