12 November, 2008 19:57 PM
Umno Mesti Singkirkan Calon Rasuah - Dr Mahathir
PUTRAJAYA, 12 Nov (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno mesti mengambil tindakan drastik untuk menyingkirkan mana-mana calon yang terlibat dalam politik wang dalam pemilihan parti.
Beliau berkata terdapat kemungkinan besar yang pencalonan bagi jawatan timbalan presiden Umno turut melibatkan politik wang.
Dr Mahathir berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Siri Wacana Perdana bertajuk 'Bangsa Malaysia' di sini hari ini.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan