NAJIB TIDAK PERLU BANTUAN RAZAK BAGINDA
Wednesday, November 26, 2008
Abdul Razak Baginda yang telah dibebaskan dari tuduhan bersubahat dalam pembunuhan kekasihnya Altantuya merasa dirinya perlu untuk muncul menafikan semua fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur.
Razak memberitahu suatu sidang akhbar baru baru ini bahawa dakwaan orang tertentu mengatakan Najib dan isterinya mengenali Altantuya adalah tidak benar.
Sewajarnya setelah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri, Razak tidak perlu tampil kehadapan untuk membela Najib kerana Najib tidak perlukan pembelaan ini. Kemenangannya tanpa bertanding untuk menjadi Presiden UMNO dan seterusnya menjadi Perdana Menteri adalah bukti jelas bahawa rakyat khususnya diakar umbi adalah menolak fitnah itu.
Bagaimanapun tindakan Razak Baginda membuat penafian itu seolah olah menggambarkan Najib memerlukan pertolongannya atau beliau yakin kenyataannya itu akan memberi kesan positif kepada Najib.
Sekalipun Mahakamah telah membebaskannya tetapi ini tidak berarti Razak Baginda yang dketahui mempunyai hubungan sulit dengan wanita jelita dari Mongolia yang dibunuh itu telah mendapat kepercayaan dari masyarakat atau segala prasangka buruk terhadapnya telah hapus samasekali bersama pembebasannya.
Mungkin dalam membuat keputusan untuk membuat pembelaan terhadap Najib itu, Razak telah mengambil kira tentang nilai sosial rakyat Malaysia yang sudah setaraf dengan nilai rakyat negara maju di Barat.
Buktinya rakyat Malaysia telah memilih pemimpin yang pernah menjalani penjara kerana liwat untuk mewakili mereka dalam Parlimen dan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Orang Malaysia juga telah memilih seorang bekas Menteri yang pernah terkenal kerana menjadi pelakon video lucah sebagai Timbalan Presiden MCA.
Di Malaysia nilai moral bukan lagi menjadi kriteria utama untuk pilihan sebagai pemimpin.Pemimpin pemimpin Pas yang taksub dan jumud pun sanggup bertolak ansur dalam soal ini. Mereka sanggup menerima orang yang disyaki tidak bersih untuk menjadi pemimpin kerana orang ini banyak memberikan wang kepada mereka dalam pilihanraya lalu.
Kriteria utama untuk menjadi pemimpin di Malaysia sekarang ialah mesti mempunyai perwatakan seniman versatile , karismatik , pandai bersyarah, boleh menjadi ulama dan boleh menjadi syaitan, boleh masuk jalan depan dan boleh masuk jalan belakang.
Bekas orang kuat Parti Rakyat Malaysia dan juga Parti Sosialis Rakyat Malaysia ,Syed Hussin Ali yang di ketahui mempunyai moral yang tinggi dan anti Amerika akhirnya sanggup bersekongkong dengan orang orang yang kotor dan ejen Amerika dalam parti Keadilan Rakyat Malaysia kerana didorongkan oleh hasrat untuk membalas dendam politik.
Sementara itu pemimpin pemimpin politik UMNO bercakap mengutuk politik wang dalam UMNO sedangkan tangan mereka juga memberi.
Maka itu janganlah heran jika Abdul Razak Baginda yakin bahawa pembebasannya telah menyebabkan ramai orang mempercayai beliau telah bersih dari semua dosa, berkredibiliti dan berkualiti untuk membela Timbalan Perdana Menteri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan