Selasa, 9 Disember 2008

Muhyiddin akan dikorbankan

Sebelum perkembangan terbaru ini,Malaysian Insider portal berita yang dijalankan oleh rakan karib Khairi,Kalimullah bekas Ketua Pengarang NST bersama dengan Wong Su Long bekas CEO The Star telah melaporkan bahawa dalam sidang Kabinet Rabu lalu Perdana Menteri Abdullah Badawi telah memberitahu bahawa beliau tidak mempercayai beberapa orang anggota kabinetnya.

Kalimullah yang dipercayai sering mendapat rahsia kabinet mendakwa bahawa MI mengetahui dari beberapa orang menteri orang yang dimaksudkan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Luar, Datuk Seri Rais Yatim.

Analisis berita yang tidak mempunyai nama penulisnya tetapi dipercayai Kalimullah sendiri seterusnya berkata bahawa Abdullah Badawi akan membuat penyusunan semula kabinetnya pada October atau selewat lewatnya selepas pemilihan parti Disember dan yang akan terlibat di pancong atau diturunkan pangkat ialah Tan Sri Muhyiddin.

Tiada ulasan: