Saya setuju dengan pandangan itu. Sekarang ini dalam UMNO dipenuhi oleh orang-orang yang oportunis, sehingga susah untuk dibezakan antara orang yang betul-betul berjuang untuk bangsa, agama dan tanah air dengan orang yang berjuang untuk kepentingan diri.
Ini kerana mereka yang oportunis ini hanya menggunakan UMNO sebagai batu loncatan sebab UMNO parti yang berkuasa.
Jika UMNO menjadi parti yang kalah, sudah tentu orang-orang yang oportunis ini akan meninggalkan UMNO dan akan berpindah kepada parti yang menang. Ketika itu barulah dapat dikenalpasti siapa ahli UMNO yang jujur dan ikhlas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan