Selasa, 9 Disember 2008

MI serang Najib

Beberapa rencana yang dikeluarkan oleh Malaysian Insider menjelang pengumuman pengunduran Abdullah, telah mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Abdul Razak turut bertanggungjawab diatas kekalahan besar BN dalam pilihanraya lalu dan juga kekalahan yang memalukan di Permatang Pauh.

Najib juga dituduh berkonspirasi dalam usaha untuk menyingkirkan Abdullah Badawi lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

Perlu disebutkan selepas Pilihanraya Mac lalu, apabila kekalahan besar BN di pertanggungjawabkan kepada Abdullah ,tiba tiba NST menyiarkan permohonan maaf Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Hishamuddin Onn kerana menghunus dan menjulang keris yang menakutkan orang bukan Melayu.

Tindakan Hisham ini diikuti dengan rencana pengarang muka hadapan serentak di NST dan Berita Harian (terjemahan dari NST) yang menunjukan Hisham turut bersalah menyebabkan orang bukan Melayu menolak BN dan bukan hanya kerana kesilapan dan kelemahan Abdullah.

Hisham terpaksa mematuhi arahan"Ketua" meminta maaf bagi kali kedua tetapi telah menjual maruahnya sebagai Ketua Pegerakan Pemua UMNO Malaysia . Siapakah yang memberikan fikiran kepadanya untuk berbuat demikian?.Tanyalah dengan Hishamuddin.

Demikianlah kuasa penasihat penasihat Abdullah Badawi yang mengatasi kuasa menteri kerana didodorongkan oleh keghairahan untuk menunjukan bahawa Abdullah Badawi lebih baik dari Dr.Mahathir dengan memberikan demokrasi baru, kebebasan dan keterbukaan yang tidak terbatas kunonnya mengikut aliran globalisasi , menganjurkan Monsoon Cup untuk menyaingi FI dan projek raksaksa Koridor Selatan ,Utara dan Pantai Timur untuk menyaingi Putra Jaya.

Tiada ulasan: