TUN DR.MAHATHIR SOKONG ALI RUSTAM
Thursday, October 23, 2008
Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam telah mendapat semangat baru dalam usahanya untuk melayakan diri bagi bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO apabila Tun Dr. Mahatir menyokong anugerah yang diberikan oleh kerajaannya kepada bintang Bollywood yang terkemuka Shah Rukh Khan.
Pos terbaru dalam blognya Che Det, Mahathir mensifatkan bantahan terhadap anugerah itu sebagai memalukan kerana Shah Rukh Khan telah berjasa kepada negara ini bukan sekadarkan membuat filemnya di sini yang menarik pelancong pelancong ke negara ini tetapi juga telah menarik banyak syarikat perfileman India untuk turut membuat filem di Malaysia.
Menurut Mahathir Shah Rukh Khan membuat filemnya di sini atas galakan dan dorongan beliau semasa menjadi Perdana Menteri. Menurut Mahathir lagi bintang filem Bollywood itu juga menyumbangkan kerja kerja amalnya di negara ini.
Tun mensifatkan bantahan terhadap anugerah itu sebagai memalukan kerana negara juga pernah memberikan berbagai anugerah lain kepada orang orang yang kurang berjasa dari Shah Rukh Khan ."Shah Rukh Khan bukan sahaja memperekenalkan Malaysia kepada India tetapi juga kepada Eropah"katanya.
Sekarang bukan sahaja Gabenor Melaka Tun Khalil dan Ketua Menteri nya merasa terbela tetapi "Daim yang Diam" juga merasa tidak bersalah kerana menasihatkan Ali Rustam bagi memberikan anugerah itu.
Sokongan Mahathir ini tentunya akan menambah populariti Ali Rustam yang sedang mencari sokongan untuk mencukupkan kuota bagi melayakannya menjadi calon Timbalan Presiden UMNO untuk mencabar Tan Sri Muhyiddin yang juga disokong oleh Mahathir.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan