Media gergasi US Tribune fail perlindungan muflis
CHICAGO: Konglomerat media Amerika Syarikat, Tribune Co semalam menfailkan notis perlindungan daripada bankrap berikutan kejatuhan pendapatan serta penanggungan hutang terlalu tinggi.
Bagaimanapun, syarikat yang menerbitkan akhbar Los Angeles Times dan Chicago Tribune serta beberapa akhbar lain berkata, syarikat masih mampu beroperasi serta mempunyai cukup tunai sehingga pengstrukturan semula dibuat.
“Syarikat akan terus beroperasi dalam perniagaan media sewaktu pengstrukturan termasuk menerbitkan akhbar, stesen tv dan beberapa perniagaan interaktif lain tanpa gangguan kerana kita ada tunai untuk menanggungnya," kata Tribune dalam kenyataannya. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan