Sabtu, 6 Disember 2008

Projek Otak oleh kerajaan malaysia

20.5 juta gerakkan projek Blue Brain

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Kerajaan akan meneruskan Fasa Kedua Projek Konsortium Blue Brain (IBBC) dalam Kategori Blue Brain Affiliate (BB-A) iaitu satu inisiatif global dengan misi menghasilkan model dan simulasi otak manusia menjelang 2015.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, mesyuarat Kabinet hari ini bersetuju memperuntukkan sebanyak RM20.55 juta bagi tempoh tiga tahun menggunakan geran kementeriannya.

"Model Blue Brain ini akan menjadi alat untuk penyelidikan asas dan klinikal, membantu penerokaan dalam penyelesaian masalah-masalah kesihatan mental dan penyakit neurologi," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, projek Blue Brain dilancarkan oleh Ecole Polytechnique Federale De Lausanne (EPFL), Switzerland dan diketuai oleh Profesor Henry Markram dari Brain Mind Institute, EPFL.

Projek itu, katanya, adalah percubaan komprehensif pertama di peringkat global bagi kejuruteraan timbal-balik otak mamalia yang membolehkan fungsi otak lebih difahami melalui simulasi-simulasi terperinci.

- Bernama

Tiada ulasan: