
Sebelum memulakan tulisan saya awal awal lagi menyusun jari kerana tulisan ini bukan untuk menyinggung mana mana pihak, terutamanya rakyat Terengganu dan pengundi Kuala Terngganu. Apa yang paling jelas ialah UMNO/BN telah jelas akan menurunkan anak tempatan, atau orang Tranung, tetapi PAS belum pasti lagi menurunkan ayam sabungnya bernama Mat Sabu, orang Tranung.
Faktor samada Mat Sabu akan menjadi calon atau tidak akan membentuk taktik dan strategi kedua dua pihak. Seperti yang telah saya sebut dalam beberapa posting yang lepas, sekiranya Mat Sabu diangkat menjadi calon, maka strategi UMNO/BN menjadi sedikit mudah kerana sebab sebab yang telah disebutkan sebelum ini. Perbincangan selanjutnya akan disentuh dalam posting akan datang.
Saya rasa pada peringkat ini, ada dua perkara penting yang perlu ditekankan oleh para perancang strategi, iaitu, pendekatan yang paling baik untuk mempengaruhi pengundi, dan mengenal pasti serta mempengaruhi kelumpuk penentu.
Pendekatan yang paling sesuai nanti tentulah akan ditentukan oleh target group itu sendiri, dan di sini para perancang strategi perlu melakukan ground truthing dan mengarahkan persilatan sesuai dengan fakta daripada ground truthing tersebut. Saya nampak ada tiga faktor penting yang mesti diperolehi daripada ground truthing tersebut:
1. Ganu centric. Ini adalah istilah saya untuk menunjukkan kecederungan pengundi kepada faktor kekitaan. Sekiranya sesuatu kawasan itu mempunyai perasaan ganu centric yang tinggi, maka faktor calon tempatan dan calon impot akan memainkan peranan. Pengundi yang mempunyai ganu centric ini akan bersifat samada boleh dipusingkan atau kekal dengan pilihannya. Untuk memusingkan perasaan ganu centric ini akan memerlukan kemahiran mantiq yang tinggi, tetapi untuk mengekalkan perasaan ini cukup dengan mengapi api kan sahja. Saya percaya jentera pilihanraya kedua kua pihak dapat mengenali kawasan yang seperti ini.
2. Level of sophiscation. Walaupun parlimen ini adalah parlimen Kuala Terengganu yang mengandungi pengundi bandar, tetapi level of sophiscation secara keseluruhan adalah tidak sama dengan tempat tempat lain yang jauh lebih maju. Oleh itu, penceramah dan perayu undi yang datang dari kawasan yang lebih tinggi level of sophiscationnya perlu melaraskan taktik mereka agar cocok dengan kehendak tempatan. Malah mungkin ada sebahagian daripada pengundi langsung tidak bersifat urban, tetapi sebalik rural, dan dengan itu taktik akan berubaah sma sekali. Jadi penceramah penceramah yang telah berbiasa dengan isu besar, akan mendapati diri mereka mesti mengubah nada supaya sesuai dengan kehendak tempatan.
3. Sway tendency. Samada pengundi mudah digula gula dengan pelbagai janji atau gertakan juga mesti dikenal pasti oleh jentera pilihan raya dan segara mencari ubat untuk memperbaiki keadaan, atau melawan apa yang telah sedia ada. Masalahnya sway tendency ini bijak disorokkan , dan dengan itu seseorang boleh tertipu dengan mempercayai bahawa pengundi tersebut telah condong kapada pihaknya, tetapi apabila sampai masa membuang undi, pengundi akan mengundi sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan