Dedah : UMNO/BN guna khidmat guru Kaunselor
Tendensi terkini UMNO/BN ialah menggunakan khidmat kepakaran Guru Kaunselor untuk berkempen bagi pihak mereka. Fenomena ini mula diperhatikan pada PRU12 yang baru lalu. Guru-guru Kaunselor terpilih ditempah oleh pihak UMNO/BN untuk masuk ke kampung-kampung bagi berkempen dalam ceramah kelompok. Tidak dapat dipastikan sama ada fenomena ini hanya berlaku di Kuala Terengganu atau di seluruh negeri atau negara.
Antara pendekatan psikologi mereka ialah memujuk, membina kekuatan konsep dan pegangan politik serta mengajar cara-cara berhadapan dengan perayu undi PAS/PKR. Sebagai orang yang berilmu tentang khidmat kaunseling, penyampaian mereka berjaya sedikit sebanyak meneguhkan sokongan pengundi kepada UMNO dan dapat pula memberi panduan agar pengundi dapat bertindak terhadap kempen PAS dari rumah ke rumah.
Kini dalam PRK P36, UMNO/BN dikesan cuba menggunakan kaedah yang sama. Akhir-akhir ini sebilangan Guru Kaunselor kelihatan sibuk dengan tugasan baru. Maklumat yang diperolehi mengatakan mereka dikumpulkan di Kuala Terengganu dalam satu perjumpaan yang dipercayai untuk agihan tugas dan perancangan strategi. Kelihatan juga mereka membawa banting-banting berlambangkan simbol dacing.
Selain Guru-guru Kaunselor terpilih dari Terengganu, kemungkinan juga khidmat Guru Kaunselor dari luar dan penceramah-penceramah BTN dieksploitasikan untuk PRK P36 ini. Cara mereka berkempen dalam ceramah-ceramah kelompok di kampung-kampung lebih memikat hati penduduk kampung kerana mereka meletakkan diri mereka dalam keadaan neutral. Mereka seolah-olahnya bukan orang politik atau orang parti yang sudah pasti jelas ‘bias’ terhadap satu pihak. Keadaan ini menjadikan hujah-hujah mereka lebih mudah ditelan oleh audiens.
Penglibatan mereka dalam kempen-kempen UMNO/BN perlu dipandang serius. Pemantauan perlu dilakukan dalam PRK kali ini agar maklumat-maklumat dapat dikumpulkan secara lebih berwibawa. Tidak banyak maklumat yang diperoleh buat masa ini kerana pilihanraya kecil ini adalah kali kedua selepas PRU12 yang lalu. Diharapkan rakan forumer dapat menambahkan lagi fakta-fakta tentang penglibatan mereka ini agar dapat didedahkan dengan lebih berkesan.Saya akan kumpulkan fakta-fakta dan bukti-bukti nyata yang dapat menjadi sandaran yang lebih meyakinkan.
Sumber : Tranungkite / IkangDukang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan