Anwar Ibrahim yang gagal menjadi Perdana Menteri pada 16 September 2008 (He is born loser) telah menghina Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai bakal Perdana Menteri yang tidak akan dapat berfungsi dengan berkesan.
Apapun yang dikatakan oleh Anwar tetapi orang tahu bahawa Najib amat berkesan kepada jiwa Anwar Ibrahim. Najiblah musuh politik utama Anwar. Secara ringkasnya jika ditakdirkan Anwar telah menjadi Perdana Menteri selepas Mahathir, maka telah berkahirlah karier politik Najib.
Kenapa? Kerana Anwar selalu sedar bahawa Najib adalah jauh lebih baik darinya. Bila Najib mengambil alih jawatan Menteri Pelajaran darinya Najib membuktikan kelebihannya. Anwar hanyalah pemimpin rhetoric, mob leader,selamanya hanya sesoai untuk seniman jalanan. Bahasa Inggeris Najib juga jauh lebih baik dari Anwar.
Maka itu Anwar telah berhempas pulas untuk "menghapuskan Najib", maka itu Anwar amat rapat dengan Raja Petra Kamarudin, maka itu RPK sanggup mati untuk Anwar untuk membuat berbagai fitnah terhadap Najib, maka itu pembohongan demi pembohongan, tuduhan demi tuduhan dan cacian demi cacian telah dibuat terhadap Najib didalam dan di luar Parlimen.
Apapun penghinaan, fitnah, kritikan dan prasangka dibuat terhadap Najib tetapi sesuatu yang pasti yang mesti diketahui oleh Anwar Ibrahim sendiri bahawa sebaik sahaja Abdullah Badawi mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya dan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Najib, maka rakyat Melayu dan bukan Melayu merasa lega. Ombak keyakinan telah melanda keseluruh pelusuk negara menenangkan perasaan cemas selama ini dan rakyat merasa lebih pasti.
Dan yang pastinya ombak ini telah mencampakan Anwar Ibrahim jauh ketengah laut dan semakin jauh untuk lemas dan lenyap bersama pembohongan, pekong fitnah dan kegilaan kuasa.
Sekalipun Anwar telah mengistiharkan di Hong Kong bahawa dia telah berada diambang kuasa tetapi hidupnya sepanjang masa dirundong sial. Dia juga pernah hanya satu inci dari kuasa,tetapi sial kakinya tak sampai dan pengumuman Najib sebagai bakal Perdana Menteri adalah membawa gema loceng kematian dan Anwar seharusnya sedar bahawa loceng itu bukan untuk orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan