Selasa, 9 Disember 2008

Wahai orang-orang bawahan saksikanlah

Mereka melayan orang bukit dengan layanan diraja

kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 banglo Sabtu lalu itu mengakibatkan laluan utama ke beberapa kawasan perumahan di kawasan Bukit Antarabangsa terputus.Pengerusi Barisan Nasional Daerah Ampang, Datuk Ismail Kijo berkata, tabung anjuran Umno Ampang, Pandan dan Gombak itu ditubuhkan bagi membolehkan rakyat Malaysia yang prihatin dan berkemampuan menyalurkan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat kejadian itu.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Ampang berkata, setakat ini yang mendahului derma adalah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyumbangkan RM30,000 manakala Umno Ampang, Pandan dan Gombak masingmasing menyumbangkan RM10,000.

Tiada ulasan: